Advertisements

SSPN: Pendaftaran, Semakan Penyata Online & Dividen 2023

Pada 5 April yang lepas, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, telah mengumumkan kadar dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpanan SSPN PRIME 2023

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kadar dividen, kempen ganjaran kesetiaan dan semakan penyata bagi tahun 2023 ini, boleh teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan

Terdapat dua jenis Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda iaitu SSPN Plus dan SSPN Prime

SSPN Plus

Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN Plus ditambahbaik daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.

Keistimewaan Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus ini adalah seperti berikut:

  • Patuh syariah.
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
  • Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  • Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1juta
  • Tiada pemeriksaan kesihatan.
  • Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
  • Layak memohon pinjaman pendidikan.
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan.
  • Elaun Kemasukan Hospital.
  • Manfaat Takaful Bagi 36 Penyakit Kritikal.

SSPN Prime

Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional Prime, dulu dikenali sebagai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang diperkenalkan sejak tahun 2004.

Produk ini adalah produk simpanan jangka panjang yang bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil.

Produk ini juga menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti:-

  • Pemberian dividen setiap tahun
  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan
  • Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000
  • Perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.
SSPN

Kadar Dividen SSPN Bagi Tahun 2022

Kadar Dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi tahun 2022 telah pun diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, pada 5 April yang lepas.

Melalui pengumuman tersebut dapat dilihat berlakunya peningkatan sebanyak 0.5% berbanding tahun 2021, menjadikan kadar dividen pada 2022 sebanyak 3.05% .

Kempen Ganjaran Kesetiaan

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohomed Khalid Nordin juga dalam program yang sama telah melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan satu peratus [1%] bagi tahun 2023.

Ganjaran Kesetiaan (GK) merupakan ganjaran tambahan dan berbeza dengan dividen, ganjaran ini diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.

Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN yang berstatus aktif semasa agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan iaitu sebanyak 3.05%.

Tempoh promosi bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.

Syarat Kelayakan Kempen Ganjaran Kesetiaan

Untuk menyertai kempen ini anda semestinya perlu mempunyai akaun SSPN dan di bawah adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk melayakkan anda menyertai kempen tersebut:

  • Membuat penambahan *simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 (tidak termasuk dividen tahun semasa) pada akaun AKTIF (TIDAK DITUTUP) serta memenuhi terma dan syarat GK.
  • Setiap akaun yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima GK sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.
  • Pengeluaran tidak dibenarkan dari mana-mana akaun (LAYAK dan TIDAK LAYAK) di bawah pendeposit yang sama dalam tempoh kempen.
  • Pendeposit tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan dari akaun yang LAYAK terima GK sepanjang tempoh pengekalan.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan Kempen Ganjaran Kesetiaan ini, boleh tonton video di bawah:

Semakan Penyata SSPN 2023

Penyata Akaun bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional sudah pun boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN atau portal rasmi SSPN. bermula 6 April 2023.

Jika anda baru kali pertama mendaftar, anda boleh merujuk kepada panduan yang disediakan di laman rasmi SSPN untuk mengetahui cara pendaftaran buat kali pertama.

Jika anda telah mempunyai akauan E-SSPN Online, anda boleh terus daftar masuk dan klik “Semakan Penyata” untuk mendapatkan akses kepada akaun simpanan anda.

Anda juga boleh melakukan semakan penyata dengan melawat cawangan PTPTN berdekatan atau menghubungi:

  • Khidmat Pelanggan PTPTN: 03-2193 3000,

Atau anda boleh hadir sendiri ke cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat bagi mendapatkan penyata akaun SSPN anda.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut berkenaan kadar dividen dan semakan penyata SSPN ini boleh diperoleh di laman rasmi PTPTN atau SSPN, atau boleh didapatkan menerusi laman media berikut:

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.