Advertisements

Cuti Tahun Baru 2024 dan Sambutan Ambang Tahun Baru

Cuti Tahun Baru 2024 dan Sambutan Malam Ambang Tahun Baru

Perayaan Tahun Baru ini merupakan satu perayaan yang diraikan di seluruh dunia. Ia merupakan satu perayaan yang dilakukan bagi menandakan telah bermulanya satu tahun yang baharu, dan di Malaysia, rakyat akan diberikan cuti umum bagi meraikan hari ini.

Berikut kami kongsikan kepada anda tarikh cuti umum bagi tahun baru 2024 dan aktiviti yang dilaksanakan bagi meraikan tahun baru ini. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lagi tentang sambutan tahun baru ini.

Sambutan Tahun Baru

Sambutan tahun baru atau cuti tahun baru di Malaysia merupakan tanda permulaan tahun baharu mengikut kalendar Gregorian. Kebiasaanya diraikan atau disebut malam ambang tahun baru pada setiap malam 31 Disember menjelang detik tengah malam 1 Januari setiap tahun.

Menurut tradisi sebenar, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan akan tetapi setelah dunia melalui proses modenisasi sejak tahun 1900-an malam ambang Tahun Baru menjadi upacara keraian bagi semua rakyat tidak kira bangsa dan agama.

Di Malaysia, pelbagai acara kebudayaan, konsert dan persembahan bunga api diadakan di seluruh negara seperti di Dataran Merdeka, pusat komersial dan kompleks membeli-belah yang diraikan oleh penduduk tempatan atau pelancong dari luar negara. 

Tidak dilupakan, terdapat juga pengisian berbentuk program keagamaan yang dijalankan seperti nyanyian nasyid, zikir, selawat dan doa selamat bagi menunjukkan rasa kesyukuran oleh para ahli agama dan masyarakat tempatan.

Tarikh Cuti Umum

Perayaan sambutan tahun baru ini diraikan pada 1 Januari setiap tahun, dan pada tahun 2024 tarikh tersebut telah jatuh pada hari Isnin dan ia merupakan cuti rasmi bagi seluruh negeri di Malaysia kecuali negeri Johor, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

cuti tahun baru 2024

Dapatkan Planner 2024 bagi merancang perjalanan tahun baru anda.

Malam Ambang Tahun Baru

Malam ambang tahun baru merupakan malam sehari sebelum tahun baru berlangsung iaitu pada 31 Disember. Malam ini diraikan orang ramai bersama keluarga atau rakan-rakan dengan cara tersendirisebagai tanda mengalu-alukan kehadiran tahun baru.

Kebiasaannya, permulaan sambutan hari tahun baru disaksikan dengan mengira detik tengah malam 1 Januari dengan persembahan bunga api. Di Malaysia, malam ambang tahun baru ini sering dilakukan di Dataran Merdeka.

Namun begitu, pada tahun lepas, sambutan ambang tahun baru ini telah dibatalkan disebabkan situasi negara yang tidak selamat kerana beberapa negeri sedang dilanda banjir ketika itu.

Oleh itu, perayaan ambang merdeka pada tahun 2023 disambut dan diraikan secara bersederhana. Diharapkan pada tahun hadapan kita akan dapat bersama-sama meraikan ambang tahun baru ini dengan keadaan negara yang lebih baik.

tahun baru

Baca juga: Krismas 2023 : Sejarah Perayaan dan Tarikh Cuti Umum

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.