Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi
berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Johor.
Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2023 untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.
Permohonan bagi dana ini dibuka mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Jumlah Caruman
Jumlah caruman yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran baru di Negeri Johor.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan Dana Didik Johor ini adalah seperti berikut:
- Ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.
- Bayi tersebut mestilah lahir di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2023.
- Pendapatan ibu dan bapa mestilah di bawah RM7,000 sebulan.
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila anak yang didaftarkan tersebut berusia 18 tahun ke atas.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon Dana Didik Johor boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:
- Muat turun ketiga-tiga dokumen berikut:
i) Info Dana Didik Johor: https://drive.google.com/file/d/1okpgIubmD2-7Pc4J4zfHF6pwNJZ0j7id/view?usp=share_link
ii) Borang Permohonan Pembukaan SSPN Prime: https://drive.google.com/file/d/151wSwA8BaAP4VmRHYpIfwGLBFD9O5wUb/view?usp=share_link.
iii) Borang Pengesahan Ibu dan Bapa (bagi ibu bapa tida slip pendapatan/tidak bekerja): https://drive.google.com/file/d/1sxPtRJ3I8Lb9l4xPIf2yqI27KosW4gUj/view?usp=share_link - Isi ketiga-tiga borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Imbas atau scan borang-borang tersebut dan hantar melalui email ke [email protected]/terus melalui Whatsapp ke 019-739 7355/menghantar ke salah satu lokasi-lokasi berikut:
– Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
– Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
– Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
– Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
– Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
– Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
– Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
– Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
– Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
– Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
– Pejabat PTPTN Cawangan Muar
– Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
– Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
– Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)
Info Lanjut
Untuk sebarang info atau maklumat lanjut, sila hubungi pihak YPJ di talian 07-234 4355 atau 07-236 1081.
Orang ramai juga digalakkan untuk melayari laman web YPJ iaitu http://www.ypj.gov.my/