Advertisements

KEKMA: Permohonan Program Kebuniti Keluarga Malaysia Johor

Jabatan Pertanian Negeri Johor telah membuka permohonan Program Kebuniti Keluarga Malaysia (KEKMA) bagi mereka yang berminat.

KEKMA merupakan program yang memberi peluang kepada semua komuniti untuk menyertai industri tanaman bagi memastikan kecukupan dan keselamatan industri makanan Malaysia.

Menerusi program ini, mereka yang layak akan diberikan bantuan modal untuk melakukan aktiviti pertanian.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi 2022 untuk pelaksanaan program ini yang dapat memanfaatkan hampir 1,350 penerima yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk komuniti, usahawan dan koperasi terlibat dalam rantaian pengeluaran pertanian komuniti.

Program ini diperkasakan bagi menangani isu melibatkan keselamatan makanan negara yang sering menjadi perhatian pihak kerajaan.

Oleh itu, mereka atau pihak yang berminat boleh membuat permohonan di Jabatan Pertanian Daerah di Negeri Johor yang berhampiran.

Sasaran Program

Sasaran program ini adalah kepada mereka yang berikut:

  • Komuniti Bandar
  • Komuniti Luar Bandar
  • Agensi/Pertubuhan

Kadar Insentif

Kadar insentif yang ditawarkan adalah sehingga RM21,000.00.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan ini adalah untuk membiayai perkara berikut:

  • Pembinaan atau naik taraf infrastruktur dan kemudahan projek.
  • Bahan-bahan input pertanian dan peralatan kecil.
  • Kelengkapan automasi dan digitalisasi.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Pertanian Daerah yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai KEKMA, sila hubungi:

Jabatan Pertanian Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79000 Iskandar Puteri, Johor.
No Tel: 07-2666707
Laman web: https://pertanian.johor.gov.my/

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.