Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) memohon Bantuan Kewangan OKU (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK).
Untuk makluman, Bantuan Kewangan OKU dan Program Pendidikan Khas adalah biasiswa atau keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPT.
Permohonan bantuan kewangan ini ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga OKU tersebut sebagai syarat kelayakan.
Skop Pembiayaan
Bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di bawah pengurusan dan kawalan KPT iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.
Peringkat Pengajian
Bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat Diploma dan ke atas sahaja.
Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan.
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan ini.
Tempoh Pembiayaan
Bagi pelajar yang layak, tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut iaitu:
- Sijil- 2 Tahun untuk Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000).
- Diploma- 3 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM15,000)
- Sarjana Muda- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
- Diploma Lepasan Ijazah- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Sarjana- 2 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM10,000)
- Ph.D- 4 Tahun (had pembiayaan RM5,000 sehingga RM20,000)
Kategori Yuran
Terdapat 2 kategori yuran ditetapkan iaitu yuran yang layak dan tidak layak dituntut adalah seperti berikut:
i) Yuran Layak Dituntut
- Yuran pendaftaran pengajian
- Yuran perpustakaan
- Yuran peperiksaan
- Yuran perkhidmatan
- Yuran ko-kurikulum/sukan
- Yuran graduasi (jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)
- Yuran pemeriksaan/yuran tesis
- Yuran komputer
- Yuran peralatan/bahan makmal
- Kad kampus/kad matrik
ii) Yuran Tidak Layak Dituntut
- Yuran penempatan/yuran asrama
- Yuran kebajikan/persatuan/alumni/aktiviti/khairiat
- Yuran kelengkapan/tabung pengurusan MPA
- Yuran pencalonan
- Insuran kesihatan/perlindungan insuran
- Tabung kecemasan
- Elaun buku
- Elaun sara hidup
- Elaun tesis
- Elaun latihan amali/klinikal/kerja lapangan
- Elaun perjalanan/tambang
- Elaun akhir pengajian
- Elaun penyelidikan
- Elaun pengangkutan
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah:
- Pelajar warganegara Malaysia.
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
- Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja.
- Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik.
- Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini.
- Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
- Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut.
Cara Memohon
Cara untuk memohon bantuan kewangan ini boleh dilakukan seperti berikut:
- Muat turun borang pendaftaran di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11878782.pdf.
- Bagi tuntutan borang pengajian, sila muat turun borang di pautan ini https://cdn.me-qr.com/pdf/11878864.pdf.
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Semua dokumen tersebut perlu dihantar secara hardcopy di kaunter Bahagian Biasiswa (Aras 2), KPT atau melalui e-mel di [email protected].
Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen yang diperlukan untuk dihantar untuk pendaftaran adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad JKM
- Salinan Kad Matrik
- Salinan Surat Tawaran
- Salinan No. Akaun Bank Islam
- Salinan Malaysian Qualifications Agency (MQA) (bagi permohonan kali pertama)
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (bagi pelajar sedia ada)
- Invois/Resit
- Maklumat Bank IPTA/IPTS/Kolej Komuniti/Politeknik (jika kemukakan Invois) atau pengesahan semester pengajian (jika resit yang dikemukakan tiada maklumat semester pengajian)
Maklumat Lanjut
Maklumat keterangan mengenai Bantuan Kewangan Pelajar OKU dan dan Program Pendidikan Khas, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/index.php.