Tahukah anda sebagai penerima BSH 2020 anda layak untuk menerima set dekoder MYTV percuma.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi MYTV Broadcasting di sini.
Selain pemberian dekoder ini, penerima BSH juga akan menikmati subsidi petrol bermula awal tahun depan.
Melalui dekoder ini, anda boleh menonton siaran digital myFreeview yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
Pemberian dekoder MYTV bernilai RM300 secara percuma ini melibatkan 2 juta penerima BSH terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapat siaran analog.
Sekiranya anda layak, pihak MYTV akan menghantar set dekoder ini terus ke rumah anda.
Sebaik menerima Set Dekoder Percuma, anda boleh memasang dan mengaktifkannya untuk menerima Siaran Digital myFreeview dengan PERCUMA.
300 Ribu Dekoder Tambahan Untuk B40 & OKU
Terbaru Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan penambahan sebanyak 300 ribu set dekoder MyFreeview untuk golongan B40 dan OKU.
Pengagihan telah bermula pada 15 Feb di Kuching, Sarawak. Selepas pengagihan di Kota Kinabalu, @SKMM_MCMC akan meneruskan pengagihan ini di Miri (26-28 Feb), Bintulu (1-2 Mac) dan Sibu (7-8 Mac).
Siaran myFreeview
Antara saluran yang ditawarkan dalam myFreeview termasuklah:
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV Okey
- RTM Sports HD
- RTM Bes HD
- TV3 (HD)
- CJ Wow Shop (Melayu)
- CJ Wow Shop (Cina)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV Al-Hijrah (HD)
- Bernama News Channel
Selain TV, myFreeview turut menawarkan saluran radio seperti:
- Nasional FM
- Traxx FM
- Minnal FM
- Ai FM
- Klasik FM
- Asyik FM
Lebih banyak siaran akan ditambah dari semasa ke semasa tanpa sebarang caj.
Pemasangan Dekoder MYTV
Untuk makluman, siaran TV analog akan ditamatkan sekitar bulan Mac 2019.
Selepas ini Malaysia akan beralih kepada siaran digital sepenuhnya dan pihak MYTV Broadcasting akan mengedarkan dekoder kepada penerima secara berperingkat bermula Januari 2019 melibatkan 2 juta penerima BSH.
Antara kelebihan siaran digital ialah:
- Resolusi gambar yang lebih jelas
- Audio yang berkualiti tinggi
- Tanpa bayaran bulanan
- Penambahan perkhidmatan dan siaran TV
Set dekoder ini boleh dibeli secara online pada harga sekitar RM184 – RM299 atau daripada mana-mana wakil penjual berhampiran anda.
Cara Mengakses myFreeview
Berikut cara-cara untuk mengakses siaran digital myFreeview.
#1 – Dekoder MYTV
Sekiranya anda menggunakan set TV biasa, anda perlukan dekoder MYTV untuk mengakses siaran digital myFreeview.
Anda perlu sambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.
#2 – IDTV
Sekiranya anda menggunakan IDTV, anda hanya perlu sambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda.
Sekiranya masih gagal mengakses siaran digital ini anda boleh hubungi mana-mana pemasang berdaftar berhampiran anda.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting di http://www.mytvbroadcasting.my