Ingin memulakan perniagaan tapi kekurangan modal?
Apa kata anda sertai program JUMPER PUNB 2020 (Startup) yang telah dibuka untuk permohonan.
Melalui program ini, peserta akan menerima elaun sara diri RM1,200 sebulan sepanjang 8 bulan.
Setelah tamat latihan, peserta berpeluang mendapatkan GERAN sebanyak RM10,000 beserta pembiayaan minimum RM40,000.
Pengambilan April 2020 (Siri 2) telah pun dibuka.
Tarikh tutup permohonan pada 27 Januari nanti.
Tentang Program JUMPER PUNB 2020
JUMPER merupakan salah satu program bagi membantu graduan muda yang memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan.
Peserta program ini akan didedahkan selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor).
Peserta juga akan didedahkan dengan dunia sebenar cara menguruskan perniagaan dalam industri yang dipilih selain daripada kursus serta latihan teori.
Antara keistimewaan yang disediakan adalah:
- Perantis akan menerima elaun sara diri bulanan sebanyak RM1,200.
- Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkutan selama 8 bulan.
- Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani latihan termasuk kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
- Setelah tamat latihan, perantis yang layak dan berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan GERAN berjumlah RM10,000 beserta pembiayaan minimum sebanyak RM40,000
Syarat Permohonan
Sekiranya anda berminat untuk sertai program ini, berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan terkini:
- Berminat untuk menjadi usahawan dan sedang mencari platform latihan serta bimbingan dalam bidang perniagaan ke arah global.
- Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 1 dan 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman kerja (termasuk latihan industri semasa tempoh pengajian) dalam pelbagai industri.
- Sanggup menjalani latihan sepenuh masa
Jika anda memenuhi semua syarat-syarat di atas, anda boleh mengisi borang permohonan di portal rasmi PUNB.
Sila ikut langkah-langkah cara memohon JUMPER PUNB:
- Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
- Proses penempatan & kelulusan
- Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan
- Peserta lapor diri & latihan bermula
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian tertera:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 – 2785 1417 / 1413 / 1908 / 1477
E-mel: [email protected]
Selain program JUMPER ini, PUNB juga menyediakan beberapa skim lain seperti PROSPER yang menawarkan pinjaman perniagaan sehingga RM5 juta!
Untuk maklumat lanjut, baca Senarai Pinjaman Perniagaan 2019.