Advertisements

eMadani MAE: Cara Penebusan & Syarat Kelayakan

KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENEBUSAN EMADANI MELALUI APLIKASI MAYBANK (MAE).

eMadani ialah inisiatif kerajaan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang diberikan kepada rakyat malaysia yang pendapatan tahunannya berada di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih seperti:

  • MAE
  • ShopeePay
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet​​.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program eMadani ini, seperti cara permohonan dan syarat kelayakan untuk melakukan penebusannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

eMadani MAE

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, program eMadani merupakan salah satu nisiatif kerajaan MADANI, yang berada di bawah kerangkaEkonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program ini dijalankan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan mereka dan sekali gus meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini dijangkakan mampu memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet.

Antara salah satu perkhidmatan e-Wallet terlibat adalah MAE yang merupakan aplikasi e-dompet dari Maybank. Kelebihan yang boleh diperoleh apabila anda menebus eMadani bersama MAE ialah anda berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti:

  • Proton S70
  • Proton Exora
  • Hadiah wang tunai
  • Proton Saga sedan
  • Samsung Galaxy Z Fold 5
  • Sony PlayStation 5
  • 10gram Emas 
emadani mae

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan pendaftaran eMadani MAE ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023
  • Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) atau berpendapatan RM100,000 ke bawah setiap tahun berdasarkan rekod LHDN pada 31 Julai 2023

Mereka yang mempunyai kriteria di bawah TIDAK LAYAK untuk menebus RM100 eMADANI:

  • Pekerja kali pertama yang tidak memfailkan cukai mereka dengan LHDN
  • Pesara yang berhenti memfailkan cukai dengan LHDN
  • Menganggur, melainkan mereka adalah penerima Sumbang Tunai Rahmah (STR)
  • Dahulu berpendapatan lebih daripada RM100,000 setahun, tetapi kini gaji tahunan telah dikurangkan kepada bawah RM100,000.
emadani

Tempoh Penebusan eMadani MAE

Setelah anda pasti bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan di atas anda perlu memastikan permohonon dan penebusan eMadani yang diterima dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan seperi di bawah:

  • Permohonan & Tuntutan:
    • Dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 sahaja.
    • Permohonan dan tuntutan boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  • Penebusan eMadani
    • Bantuan RM100 hanya sah digunapakai sehingga 29 Februari 2024​ sahaja.

Cara Pendaftaran eMadani MAE

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE
  • Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama
  • Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’
  • Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!
emadani-mae

Solan Lazim

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.