Advertisements

eMadani SETEL: Cara Penebusan & Syarat Kelayakan

KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENEBUSAN EMADANI MELALUI APLIKASI E-WALLET SETEL.

eMadani ialah inisiatif kerajaan di bawah kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang diberikan kepada rakyat malaysia yang pendapatan tahunannya berada di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih seperti:

  • MAE
  • ShopeePay
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet​​.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program eMadani ini, seperti cara permohonan dan syarat kelayakan untuk melakukan penebusannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

setel

eMadani SETEL

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, program eMadani merupakan salah satu nisiatif kerajaan MADANI, yang berada di bawah kerangkaEkonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Program ini dijalankan bagi membantu rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan mereka dan sekali gus meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Program ini dijangkakan mampu memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet.

Antara salah satu perkhidmatan e-Wallet terlibat adalah SETEL. Apabila anda menebus eMadani bersama SETEL ini anda berpeluang untuk memperoleh RM80 pulangan tunai tambahan daripada Setel.

Pulangan tunai ini akan dimasukkan ke dalam Dompet Setel tanpa sebarang batas pembayaran dan tarikh luput. Anda juga boleh nikmati e-Baucar istimewa daripada jenama terkenal. Antaranya:

  • Mydin
  • Bask Bear Coffee
  • Dunkin
  • Gloria Jeans
  • Hero Market
  • MyNews
  • KK Mart
  • BusOnlineTicket.com

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang berminat untuk memohon eMadani SETEL ini anda perlu memastikan anda memenuhi syarat kelayakan di bawah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023
  4. Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet
  5. Sudah menjalankan proses pengesahan akaun

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

emadani setel

Tempoh Penebusan eMadani SETEL

Setelah anda pasti bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan di atas anda perlu memastikan permohonon dan penebusan eMadani yang diterima dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan seperi di bawah:

  • Permohonan & Tuntutan:
    • Dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 sahaja.
    • Permohonan dan tuntutan boleh dilakukan SEKALI sahaja.
  • Penebusan eMadani
    • Bantuan RM100 hanya sah digunapakai sehingga 29 Februari 2024​ sahaja.
emadani

Cara Tuntutan eMadani SETEL

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi SETEL:

  • Langkah 1: Buka aplikasi SETEL dan tekan eMadani
  • Langkah 2: Lihat promosi, fahamkan terma, lalu tekan ‘Tuntut sekarang’.
  • Langkah 3: Lengkapkan dan hantar permohonan.
  • Langkah 4: Permohonan anda akan disemak dalam masa 1 hingga 5 hari bekerja.
  • Langkah 5: Hidupkan push notification untuk terima status permohonan.
emadani setel

Tonton video yang disediakan oleh aplikasi SETEL bagi cara tuntutan yang lebih jelas dan terperinci:

Soalan Lazim

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.