Advertisements

Gelaran Profesional Di Malaysia (Ir, Ar, Sr, Ts, Gs, PGeol)

Gelaran Profesional merupakan gelaran yang diberikan kepada individu-individu dalam bidang pekerjaan profesional yang memenuhi kelayakan.

Gelaran ini biasanya akan diletakkan di awal nama individu yang berkelayakan. Sebagai contoh, gelaran Dr. Sarah akan diberikan kepada Sarah sekiranya dia merupakan seorang Doktor Klinikal atau Doktor Falsafah.

Untuk mengetahui makna gelaran-gelaran ini pastikan anda teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Maksud Gelaran Profesional Di Malaysia (Ir, Ar, Sr, Ts, Gs, dan Lain-lain)

Dibawah adalah penerangan bagi setiap gelaran profesional yang wujud di negara Malaysia:

1. Gelaran Ir.

Gelaran Ir. yang boleh disebut sebagai Insinyur atau engineer ini, merupakan gelaran yang diberikan oleh Board Of Engineers Malaysia (BEM) kepada jurutera profesional yang berkelayakan.

Jurutera yang berkalayakan untuk mendapatkan gelaran ini, perlu menamatkan pengajian mereka, mendaftar sebagai seorang Graduate Engineer dengan BEM, mempunyai pengalaman lebih daripada tiga (3) tahun, lulus peperiksaan yang disediakan BEM (Professional Assessment Examination) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).

2. Gelaran Ar.

Gelaran Ar. pula merujuk kepada individu yang berada dalam bidang Arkitek Professional, dan untuk mendapatkan gelaran ini, individu tersebut perlulah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sebagai Graduate Architect dan mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh LAM.

Arkitek di Malaysia dikehendaki memiliki tahap kelayakan tertentu, yang ditadbir oleh Lembaga Arkitek Malaysia, atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk diperakui sebagai Arkitek oleh LAM. Ia dikenali sebagai LAM Bahagian I, II, dan III.

Dibawah merupakan tahap yang perlu dilalui seorang individu bagi mendapatkan gelaran Ar.:

3. Gelaran Sr

Professional Surveyor atau Sr merupakan gelaran bagi seorang Juruukur Profesional, yang berkelayakan dan berdaftar dengan RISM (Royal Institute of Surveyor Malaysia) di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Menurut Perkara 13 daripada Perlembagaan RISM, mana-mana individu yang berkelayakan Felo atau Ahli RISM berhak untuk mengunakan gelaran Sr. ini sebelum nama mereka.

Untuk mengetahui syarat kelayakan bagi mendapatkan gelaran ini boleh baca maklumat tambahan mengenai di halaman rasmi RISM.

4. Gelaran Ts. (Technologist)

Badan yang memberi gelaran Professional Technologist berada di bawah bidang kuasa Malaysia Board of Technologist (MBOT).

Dibawah merupakan carta alir yang menunjukkan bagaimana anda boleh mendapatkan gelaran Technologist ini:

gelaran profesional

5. Gelaran PGeol

Board of Geologists Malaysia (BoG) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan lantikan individu sebagai seorang Professional Geologist atau lebih dikenali sebagai PGeol.

Seseorang individu yang menginginkan gelaran profesional PGeol ini, haruslah meruapakan seorang ahli geogologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing berdaftar dibawah seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geoglogi 2008.

Seperti yang lain, individu yang berminat untuk mendapatkan gelaran ini, perlulah menduduki peperiksaan profesional dan menjalani pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM).

6. Gelaran LAr

Seperti Ar, LAr juga merupakan satu jawatan profesional di bawah bidang Arkitek namun begitu ‘L’ di bahagian depan LAr itu merujuk kepada Professional Landscape Architect.

Gelaran ini akan diberikan kepada arkitek landskap yang berkelayakan dan lulus peperiksaan yang disediakan oleh Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM).

7. Gelaran Gs

Gelaran Geospatial Profesional ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 oleh Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dengan objektif untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan pengamal geospatial di dalam sektor kerajaan dan juga sektor swasta.

Bagi individu yang berminat untuk mendapatkan gelaran profesional ini dan seterusnya menjadi seorang Gs anda perlu memenuhi syarat minimum iaitu; mempunyai kelayakan ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan; dan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman profesional atau setara dalam bidang Geospatial.

Untuk maklumat tambahan berkenaan gelaran Gs ini, anda boleh mendapatkannya di pautan berikut http://www.igrsm.org/membership.html

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.