Advertisements

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2023: Tarikh dan Takwimnya

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berusia 11 tahun atau darjah lima, yang belajar di sekolah KAFA atau sekolah agama, pastikan anda tahu bilakah anak-anak anda akan menduduki ujian UPKK 2023.

Untuk mengetahui tarikh dan jadual waktu ujian, pastikan anda baca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu UPKK?

Ujian penilaian Kelas Kafa (KAFA) atau lebih dikenali sebagai UPKK merupakan satu jenis peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid yang mengambil kelas KAFA (berumur 11 tahun sahaja) sama ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat ataupun Sekolah Rendah Agama yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Peperiksaan UPKK ini dijalankan bagi menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar Islam dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran yang seterusnya membantu dalam mengajar mereka untuk beramal dengan cara hidup Islam yang sebenar

Bagi pelajar yang perlu mengambil peperiksaan ini, mereka akan menjawab lapan (8) kertas peperiksaan dalam empat (4) bentuk penilaian iaitu:

  1. Bentuk Lisan
    • Al-Quran dan Hafazan
  2. Bentuk Amali
    • Amali Solat
  3. Bentuk Lisan dan Pemerhatian
    • Penghayatan Cara Hidup Islam
  4. Bentuk Penulisan
    • Ulum syariah (Akidah dan Ibadah)
    • Sirah
    • Jawi dan Khat
    • Adab ( Akhlak Islamiah)
    • Asas Lughatul Quran

Syarat Kelayakan UPKK 2023

Bagi ibu bapa yang menginginkan anak-anak anda untuk menduduki ujian ini, anda perlu pastikan bahawa anak-anak anda memenuhi syarat dibawah:

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Tarikh Ujian Penilaian Kelas Kafa 2023

Pihak JAKIM telah pun mengeluarkan tarikh ujian UPKK 2023 ini, dan anda boleh lihat senarai tarikh penting seperti dalam gambar rajah di bawah:

tarikh-ujian-upkk
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

*Nota: Bagi ibu bapa yang ingin membuat semakan pendaftaran calon UPKK anda boleh melakukannya melalui portal rasmi SIMPENI

Takwim Ujian Penilaian Kelas Kafa 2023

Untuk mendapatkan jadual pelaksanann Ujian Penilaian Kelas Kafa yang lebih jelas dan terperinci anda boleh lihat dalam takwim pengoperasian UPKK bagi calon 2023 yang disediakan oleh pihak JAKIM di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini mengenai Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023, sila rujuk maklumat sahih melalui Portal rasmi mereka SIMPENI.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.