Kerajaan Negeri Johor telahpun memulakan satu program perumahan baharu yang dinamakan sebagai Rumah Transit Bangsa Johor atau RTBJ, bagi membantu golongan muda terutama pasangan baru berkahwin dalam mendapatkan tempat tinggal dengan kadar sewa bulanan yang murah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rumah Transit Bangsa Johor ini dan cara permohonannya, teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu RTBJ?
RTBJ atau Rumah Transit Bangsa Johor merupakan satu program yang dijalankan oleh kerajaan negeri Johor dengan tujuan untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah dan baru sahaja berkahwin.
Program rumah transit ini berbeza dengan program perumahan lain yang disediakan di bawah Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ), kerana program ini hanyalah untuk penyewa sahaja dan tidak melibatkan pembelian rumah.
Penyewa akan membayar kadar sewa sebanya RM650 sebulan dan sebahagian daripada kadar tersebut akan menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya dan perkara inilah yang menjadikan program ini satu program yang dikatakan sebagai menyewa sambil menyimpan.
Secara keseluruhannya, terdapat 92 unit Rumah Transit Bangsa Johor (RTBJ) yang bakal diserahkan kepada pemohon yang layak dan 500 unit akan dibina dalam masa lima tahun akan datang.
Cara Permohonan RTBJ
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon RTBJ ini, anda boleh melakukan permohonan bermula daripada 16 April 2023 sehingga 31 Mei 2023.
Dibawah adalah cara untuk anda melakukan permohonan bagi mendapatkan Rumah Transit Bangsa Johor ini:
- Layari laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
- Klik butang ‘Daftar akaun sekarang’.
- Pilih dan klik butang ‘Individu’.
- Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘log masuk’.
- Klik butang ‘Rumah Transit Bangsa Johor’
- Klik butang ‘Permohonan Baru’
- Isikan maklumat yang diperlukan (Pilih nama projek yang hendak di pohon pada bahagian projek – RTBJ).
- Muat naik dokumen yang diperlukan. (*Dokumen adalah melibatkan pemohon dan pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan*
- Salinan Sijil Kelahiran*
- Salinan Sijil Nikah/Perkahwinan/Penceraian/Kematian*
- Pengesahan Pendapatan*
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini*
- Salinan pengesahan majikan dan penyata KWSP*
- Akuan sumpah terkini dengan perakuan daripada Persuruhjaya Sumpah (Buat pemohon atau pasangan yang bekerja sendiri)*
- Bukti Penetapan di Johor selama 10 tahun dan ke atas (Jika Bukan Warga Kelahiran Johor)*
- Klik butang ‘Hantar’.
- Tandakan kotak kecil sebagai persetujuan terhadap terma dan syarat yang dinyatakan dan klik ‘Ya’
- Selesai. Permohonan anda berjaya dihantar.
Untuk maklumat lebih jelas, anda boleh tontoni video yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di bawah:
Syarat-Syarat Kelayakan
Sebelum memohon RTBJ ini, pastikan anda menepati syarat-syarat kelayakan seperti di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan RTBJ ini anda boleh melayari laman rasmi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) atau melalui sosial media mereka di:
Baca Juga: