Bantuan Ihsan Komputer Sabah atau BAIK merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Sabah dalam membantu anak-anak negeri Sabah, yang tidak berkemampuan untuk memiliki komputer bagi tujuan pembelajaran mereka di IPT.
Program ini telah dimulakan oleh kerajaan negeri daripada tahun 2021 sehinggalah sekarang, di bawah pengelolaan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Pada tahun ini, bantuan ini disasarkan pada 600 orang anak-anak di bawah e-kasih Miskin Tegar, melibatkan penggunaan hampir 1 Juta Ringgit Malaysia.
Untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan ini, dan apakah syarat kelayakannya teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.
Syarat / Kriteria Permohonan (BAIK 2023) Bantuan Ihsan Komputer Sabah
Bagi anda yang berminat untuk memohon bantuan BAIK ini, di bawah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih
- Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
- Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
Cara Permohonan (BAIK 2023) Bantuan Ihsan Komputer Sabah
Setelah anda memenuhi kriterian permohonan, anda boleh melakukan permohonan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) ini dengan cara berikut:
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang BAIK.
- Klik pada butang “Permohonan” di bahagian bawah poster.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan seperti di bawah:
- Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
- Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
*Nota: Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan dan menghantar borang tersebut ke alamat di bawah:
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas)
Jabatan ketua Menteri
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu,
8840 Kota Kinabalu, Sabah
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai BAIK ini, anda boleh hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau anda boleh terus layari laman web rasmi Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelerasan.
Baca Juga: