Advertisements

iKAFALAH: Bantuan Khairat Kematian RM500 Buat Rakyat Kedah

iKAFALAH atau Bantuan Khairat Kematian adalah salah satu inisiatif yang dihulurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada rakyat di negeri tersebut, bagi membantu dalam meringankan beban mereka dalam proses pengurusan jenazah ahli keluarga mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Bantuan Khairat Kematian (iKAFALAH)?

Sebelum kita pergi ke cara permohonan bantuan, mari kami terangkan dulu apa itu bantuan khairat kematian ini.

Apa itu Khairat Kematian?.

Khairat kematian adalah sumbangan orang ramai atau sesebuah institusi kepada ahli keluarga si mati untuk mengurangkan beban dan membantu menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kematian.

Oleh itu, bantuan khairat kematian (iKAFALAH) ini merupakan satu bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada individu yang kematian ahli keluarganya bagi memudahkan proses pengurusan jenazah.

Bantuan bernilai RM500 ini boleh dimohon oleh waris atau keluarga jenazah dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kematian dan disebabkan khairat kematian ini tidak dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris sama ada hendak menggunakannya untuk dibuat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang bakal diterima waris yang memohon bantuan iKAFALAH ini adalah sebanyak RM500.

Cara memohon iKAFALAH

Jika anda berminat untuk melakukan permohonan bantuan, anda boleh membuat permohonan iKAFALAH di Pusat Khidmat Wakli Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian.

Anda hanya perlu memastikan anda membawa dokumen berikut sewaktu melakukan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Waris yang memohon.
  • Salinan Sijil Kematian / Salinan Permit Mengubur.
ikafalah-1

Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Pejabat Penyelaras Dun

Dibawah merupakan senarai Pusat Khidmat Wakil Rakyat atau Pejabat Penyelaras Dun yang boleh anda lawati untuk melakukan permohonan iKAFALAH atau jika anda terdapat sebarang pertanyaan anda juga boleh ajukan di sini:

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.