Advertisements

Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Kekasih & Ahli Keluarga

Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Kekasih & Ahli Keluarga

Sambutan ulang tahun, hari lahir atau hari jadi merupakan satu acara tahunan yang pada sesetengah individu atau budaya merupakan satu acara yang sangat penting dan berharga.

Hal ini demikian kerana, acara ini selalunya diraikan bagi menunjukkan tanda penghargaan dan kesyukuran atas kelahiran, kewujudan dan kepanjangan umur seseorang individu.

Dibawah merupakan penerangan berkenaan bagaimana bermulanya sambutan acara ini, dan contoh ucapan yang anda boleh berikan kepada orang tersayang seperti kekasih, ibu bapa, adik beradik, dan rakan-rakan sempena ulang tahun kelahiran mereka.

Permulaan Sambutan Hari Lahir

Sambutan hari lahir ini bermula seiring dengan kemunculan kalendar, di mana pada waktu tersebut telah pun wujud tarikh dan tahun yang ditentukan dengan melakukan pemerhatian ke atas matahari dan bulan.

Sambutan hari lahir pertama yang disambut menurut seorang ahli sejarah adalah pada sekitar 3000 S.M, di mana masyarakat kuno mesir purba telah menyambut hari kelahiran Firaun, namun bukan disebabkan kelahiran beliau kedunia tetapi sambutan tersebut dilakukan bagi meraikan kelahiran Firaun sebagai “tuhan” mereka.

Selain itu, terdapat beberapa ahli sejarah yang percaya bahawa idea sambutan hari lahir ini bermula daripada tradisi Pagan, di mana, mereka percaya bahawa roh jahat akan muncul pada hari di mana berlakunya perubahan yang besar, seperti hari seseorang itu bertambah umurnya, iaitu hari lahirnya.

Malah, masyarakat Greek purba turut mempercayai bahawa setiap individu mempunyai semangat (spirit) yang tersendiri, yang akan datang menziarahi individu pada hari lahirnya dan memerhatikannya. Dan, semangat ini dikatakan mempunyai kaitan secara mistik dengan Tuhan yang telah membawa kelahiran individu tersebut ke dunia.

Kerana itulah, mereka mengadakan suatu sambutan yang khas bagi meraikan hari lahir ini. Sambutan hari lahir ini diadakan sebagai suatu bentuk perlindungan daripada roh jahat bagi setiap individu. Lilin dinyalakan dan bunyi bising turut dilakukan bagi menghalau dan menakutkan sebarang roh jahat yang tidak diingini.

Contoh Ucapan Selamat Hari Lahir

Dibawah merupakan senarai ucapan, pantun atau puisi yang ada boleh sampaikan buat kekasih, ibubapa, adik beradik, dan rakan-rakan anda sempena hari lahir mereka.

Ucapan Untuk Kekasih

  1. Buat suami tercinta, engkau merupakan hadiah daripada Tuhan yang amat bermakna, sempena hari kelahiranmu ini, kutitipkan doa agar cinta kita sentiasa berpanjangan.
  2. Lahirmu ke dunia tak hanya membawa kebahagiaan bagi orang tuamu sahaja. Tapi kepadaku juga. Selamat ulang tahun sayang, tak banyak harapku, semoga kau bahagia selalu.
  3. Selamat ulang tahun Sayang. Semoga diberi umur yang panjang dan kesihatan yang penuh barokah. Dipermudahkan segala usaha, dan dilancarkan rezekinya. Tetaplah menjadi suami dan ayah yang baik dan sayang terhadap anak-anak dan keluarga. 
  4. Terima kasih telah hadir dalam kehidupanku dan mewarnai hari-hariku. Semoga di usiamu yang sekarang, kamu akan semakin bahagia dan mencapai segala cita-citamu. Selamat ulang tahun kekasihku.
  5. Selamat ulang tahun penyejuk hati. Semoga Tuhan selalu memberikan berkat-Nya padamu sehingga kamu mendapatkan kebahagiaan di setiap hari-harimu. I Love You.
  6. Selamat ulang tahun Sayang. Sudah setahun sejak pertama kali aku menatap wajahmu. Aku masih terbayang senyummu yang mampu meluluhkan segala rasa gundah di hatiku. Aku selalu mencintaimu dan selamanya akan mencintaimu.
  7. Selamat ulang tahun bidadari cantikku. Semoga Tuhan selalu melimpahkan keberkahan untukmu dan kamu mendapatkan kebahagiaan yang tiada hentinya
Hari Lahir

Ucapan Buat Ibu Bapa

1. Ucapan selamat Hari Lahir Buat Ibu:

  • Selamat Hari Lahir Mak…Terima Kasih kerana sentiasa sabar dengan karenah kami. Sungguh besar jasa dan pengorbanan Mak dalam membesarkan kami. Moga Allah ganjarkan syurga buat Mak.
  • Selamat hari lahir Ibu! Adik doakan ibu semoga panjang umur dan sihat selalu. Terima kasih kerana telah menjadi ibu yang terhebat, penerang dan penyejuk jiwaku. Semoga ibu sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya dan semoga Tuhan sentiasa memberi kebaikan dalam hidup Ibu. Love you, Ibu!
  • Happy Birthday Mommy! Adik ingat lagi bagaimana Mommy sentiasa curahkan dan luahkan kasih sayang Mommy dekat adik. Adik sayang Mommy sangat-sangat dan bersyukur kita masih dapat meraikan hari ulang tahun Mommy bagi tahun ini. Semoga dipanjang umur dan sihat selalu Mommy! 
  • Selamat Hari Lahir buat Bonda yang dicintai. Tiada apa yang dapat menggantikan tempat Bonda dalam hati anakanda. Semoga Allah merahmati Bonda selamanya dan dikurniakan rahmat di sisi-Nya. Aminn  
  • Mak, terima kasih kerana mengandungkan dan melahirkan saya dan adik-adik. Banyak pengorbanan mak dan ayah dari dulu sehingga sekarang. Rasa cinta  dan kasih sayang mak dan ayah dapat dirasai oleh cucu-cucu mak juga. Terima kasih mak. Banyak lagi yang saya harus belajar daripada mak dan ayah. Semuanya tak cukup dengan hanya kata-kata. Tapi, tahulah Mak bahawa kami sentiasa menyayangi, merindui, dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Mak Ayah di dunia dan akhirat. Selamat hari lahir Mak! 
Happy Birthday Ma!

2. Ucapan Selamat Hari Lahir Buat Ayah:

  • Happy Birthday Abah!!! Semoga setiap titis keringatmu dalam membesarkan kami diganjari pahala yang berterusan oleh Allah. Terima kasih atas segala didikanmu dalam membesarkan kami. Saya Sayang Abah.
  • Buat ayah tersayang, terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang baik. Membentuk kami adik-beradik menjadi individu yang berhati cekal. Setiap tutur katamu dan nasihatmu menjadi tiang ikutan. Ketegasanmu dalam mendidik menjadikan kami seperti hari ini. Terima kasih ayah. Semoga ayah sentiasa dirahmati Allah SWT. 
  • Selamat hari lahir ayah! Semoga Allah selalu memberikan kebahagiaan dan kesihatan di dunia dan akhirat. Semoga ayah terus menjadi ayah yang terbaik untuk kami sekeluarga selama-lamanya. Amin.
  • Selamat Hari Lahir Ayah, terima kasih atas segala pengorbanan dan kudrat yang dicurahkan untuk membesarkan kami. Semoga Allah memberkati usia Ayah dan sentiasa berikan Ayah kesihatan yang baik.
Hari Lahir

Ucapan Hari Lahir Buat Anak

  • Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
  • Wahai anakku sayang. Rasa sekejap sahaja awak dah besar, sayang. Mama dan Papa sentiasa sayangkan kamu. Mama dan Papa sangat gembira dengan kelahiran sayang dan terima kasih kerana sentiasa menceriakan hari-hari kami. Semoga anak sayang Mama Papa ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat kelak. 
  • Selamat hari lahir puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.
  • Selamat ulang tahun buat hero ibu dan ayah. Semoga kamu menjadi anak yang hebat, mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya agar kamu sentiasa menjadi anak yang soleh dan membesar dengan baik.
  • Happy birthday anakku! Terima kasih menjadi anak mama. Mama doakan anak mama membesar menjadi seorang yang menyenangkan dan disenangi orang ramai, berjaya dunia dan akhirat. Ketahuilah bahawa dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat. 

Ucapan Hari Lahir Untuk Adik-Beradik

  1. Barakallah fii umrik, adik tercinta. Semoga Allah senantiasa memberimu kebahagiaan di dunia ini maupun kelak di akhirat.
  2. Kakak ucapkan selamat ulang tahun buat adik tercinta. Semoga bertambahnya usia, menjadi titik awal bagi kamu menuju kehidupan yang lebih baik lagi. Semoga semua cita-cita dan harapan kamu dikabulkan oleh Allah SWT. Amin.
  3. Kepada adik yang paling kacak, Selamat Ulang Tahun! Terima kasih telah menjadi adik yang terbaik buat kakak cantikmu ini.
  4. Since the day you came to our life, I got a friend and a partner in crimes. I love you, sister. Happy Birthday, my younger Sister!
  5. Always remember that you’re our strongest little brother who is brave than you believe. Stronger than you seem and smarter than you think. Happy birthday!
  6. Happy birthday little brother! Every day with you is special, but today is extra special because it is your day. With all my love and kisses, just for you today.
  7. Barakallah fi Umrik Abang. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
  8. Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Dear Adikku Tersayang:

Kau malaikat kecil di hidupku
Mata cantik bersinar
Selalu bertanya-tanya
Mulut kecil yang menghiburkan
Berbicara dengan setulus hati

Adikku,
Kau selalu tertawa dengan girangnya
Dikala sedih kau datang tuk menghibur
Kau bagaikan air yang memadamkan api
Kau membuat hati yang marah seakan reda

Adikku,
Memang tak setiap hari ada kebahagiaan
Kata-kata yang terucap tak selalu indah
Keinginan yang selalu ada tak selalu tercapai
Tak semua doa menjadi nyata
Tak semua pagi menjadi tawa

Adikku,
Mungkin orang bilang,
Ketidakabadian itu abadi
Tapi,
Percayakah engkau?
Sejauh apapun jarak kita
Selama apapun kita berpisah
Seburuk apapun hubungan kita
Aku selalu sayang padamu

Selamanya…..

Sumber: ceceichsan06

Hari Lahir
Dapatkan lebih banyak imej menarik : https://www.freepik.com/free-photos-vectors/birthday-card

Ucapan Happy Birthday Untuk Rakan-rakan

  • Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
  • Selamat Hari Lahir sahabat! Aku bukanlah seorang yang mudah berkata-kata dan sering meluahkan rasa. Namun pada hari jadimu ini, aku ingin engkau tahu bahawa aku sentiasa kasih kepadamu dan sangat menghargai persahabatan kita.
  • Happy Birthday! Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu
  • Selamat Hari Jadi!. Semoga kamu sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya. Dipermudahkan segala urusan. Dimakbulkan segala doa dan harapan serta diterangi dengan sinar kebahagiaan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin
  • Happy Birthday! Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tercinta. Amin.
  • Barakallah fi Umrik Sahabat. Semoga dengan bertambah usiamu, semakin bertambah sempurnalah iman serta akhlakmu.
Hari Jadi

*Nota: Hampir kesemua ucapan ini boleh digunakan untuk individu-individu lain, seperti saudara mara, guru, jiran dan lain-lain. Anda hanya perlu mengubah mengikut kesesuaian penerima.

Baca Juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.