Jika anda merupakan pelajar universiti atau anda terlibat dalam sesebuah organisasi, pastinya anda pernah mendengar tentang kertas kerja, namun tahukah anda apa itu kertas kerja dan bagaimanakah cara penulisannya?
Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan dokumen ini dan cara penulisannya, pastikan anda bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu Kertas Kerja?
Kertas kerja merupakan dokumen rasmi yang dihasilkan bagi menyatakan cadangan dalam menjalankan sesuatu projek atau program.
Dokumen ini sangatlah penting bagi pemulaan sesuatu projek atau program, penulisan yang baik akan memudahkan anda untuk mendapatkan kelulusan dalam memulakan projek tersebut, manakala jika dokumen ini tidak diterima oleh pihak berkaitan, kemungkinan untuk cadangan yang dikeluarkan, diterima adalah sangat tipis.
Hal ini demikian kerana, kertas kerja yang baik akan mampu menunjukkan bukti mengapa projek atau program tersebut perlu dilakukan dan seterusnya mampu meningkatkan keyakinan pihak atasan untuk memberikan kelulusan sama ada kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan projek dan sebagainya.
Contoh Program / Projek
Antara program/projek yang dijalankan yang memerlukan kertas kerja adalah:
- Program yang melibatkan Pelajar
- Lawatan
- Sukan
- Perkhemahan
- Program Pertukaran Pelajar
- Seminar/Kem Motivasi
- Kempen Kesihatan
- Kempen Kesedaran
- Jamuan Makan
- Majlis Anugerah
- Program Masyarakat
- Kempen Kesihatan
- Kempen Kesedaran
- Festival
- Majlis Perayaan
Cara Penulisan Kertas Kerja
Penulisan dokumen rasmi ini mestilah dipenuhi dengan maklumat dan cadangan berkenaan projek atau program yang ingin dijalankan, bagi meyakinkan pihak bertanggungjawab yang seterusnya membantu dalam mendapatkan kelulusan bagi menjayakan projek tersebut.
Di bawah merupakan butiran wajib yang di perlukan dalam dokumen jenis ini:
- Tajuk
- Latar belakang
- Memperkenalkan organisasi
- Memperkenalkan program yang ingin dijalankan
- Tujuan program dijalankan
- Objektif
- Menerangkan mengapa program perlu dijalankan
- Ahli jawatankuasa
- Kumpulan sasaran
- Siapa yang akan dijemput? (pelajar sekolah, pelajar universiti, wanita, suri rumah dan sebagainya)
- Jumlah pengunjung/peserta
- Pelaksanaan program
- Jadual program secara terperinci (tarikh, tempat dan masa)
- Aktiviti yang akan dijalankan
- Penceramah yang terlibat (jika ada)
- Hubungan Kerjasama (jika ada)
- Anggaran belanjawan
- Impak program
- Kepada peserta
- Kepada penganjur
- Kesimpulan
Contoh Terbaik
Dibawah merupakan contoh dokumen yang boleh dijadikan panduan untuk anda:
Baca juga: