Advertisements

Surat Pengesahan Majikan: Cara Penulisan dan Contoh Surat

Surat Pengesahan Majikan ini merupakan dokumen hitam putih yang menandakan seseorang itu merupakan pegawai atau kakitangan di bawah pengurusan tersebut.

Sebagai staf surat ini merupakan antara dokumen penting yang boleh membantu anda dalam pelbagai perkara, seperti membuka akaun bank, membuat pinjaman dan sebagainya.

Untuk mengetahui cara penulisan dokumen ini dan contoh-contohnya, teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Surat Pengesahan Majikan?

Surat pengesahan majikan ialah dokumen biasa yang digunakan oleh pelbagai perniagaan untuk mengesahkan status pekerjaan staf mereka di mana, majikan semasa atau lama tempat anda berkerja, akan menulis surat ini bagi mengesahkan bahawa anda sedang atau telah berkhidmat di syarikat mereka.

Permintaan dokumen ini mungkin datang daripada bakal majikan, pekerja, agensi kerajaan, bakal tuan tanah, pemberi pinjaman, atau agensi-agensi berkait.

Hal ini demikian kerana, surat ini mempunyai banyak kelebihan dan fungsinya, antaranya ia boleh digunakan untuk memohon pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, kad kredit, akaun bank, tujuan rasmi dengan agensi kerajaan dan tidak lupa apabila anda ingin sambung belajar.

Maklumat Dalam Surat Pengesahan Majikan

Disebabkan dokumen ini ditulis bagi mengesahkan status pekerjaan kakitangan sesebuah syarikat, dokumen ini akan dipenuhi dengan maklumat yang diperlukan oleh pihak ketiga seperti:

  • Nama dan alamat Majikan
  • Nama dan alamat syarikat yang meminta pengesahan
  • Nama Kakitangan yang berkait
  • Maklumat pekerja (Jawatan Pekerja, No. Kad Pengenalan, dan sebagainya)
  • Tarikh mula bekerja
  • Penerangan kerja pekerja
  • Gaji semasa pekerja
  • Sebab penamatan (Jika berkenaan)

*Nota: Maklumat ini akan diberikan berdasarkan apa yang diminta oleh pihak ketiga dan juga perkara yang dibenarkan oleh organisasi tersebut untuk dikongsikan kepada pihak ketiga.

Cara Penulisan

Surat pengesahan majikan ini merupakan dokumen penting, oleh itu format penulisan yang digunakan adalah format rasmi, di mana selain perkara yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, kesemua perkara di bawah juga perlu ada di dalam surat tersebut:

  • Nama dan Alamat Penulis (Majikan)
  • Nama dan Alamat Penerima (Pihak Ketiga)
  • Tarikh
  • Tajuk surat
  • Sebab surat ditulis
  • Tandatangan penulis

Dibawah merupakan cara penulisan surat pengesahan majikan yang boleh anda jadikan sebagai panduan:

Nama Majikan/Syarikat
42 Jalan Durian
Sabah, 75001

Nama pihak ketiga
444 Jalan Limau
Sabah, 75001 25.10.2026

Tuan/Puan,

SURAT PENGESAHAN PERKHIDMATAN DAN BUTIRAN PEKERJAAN

Surat ini ditulis bagi mengesahkan bahawa Puan Sarah Liyana, telah berkhidmat dengan syarikat kami ……………………………………………….. sebagai …………………………..

Berikut adalah butir-butir perkhidmatan beliau:

  • Nama : Nur Sarah Liyana Binti Nazri
  • No. Kad Pengenalan : 780910-12-XXXX
  • Tarikh Mula Berkhidmat : 23.04.2023
  • Jawatan : Kerani Operasi
  • Bahagian : Jabatan Pengeluaran
  • Status Jawatan : (Tetap/Kontrak/Sementara/Sambilan)
  • Gaji Pokok : RM2500.00

Jika masih terdapat persoalan atau inginkan maklumat tambahan berkenaan staf tersebut, pihak tuan boleh hubungi kami di 214-555-0101 atau melalui emel kami; [email protected].

Sekian,Terima kasih.

Tanda Tangan Majikan
Nama Majikan
Nama Syarikat.

Contoh-Contohnya

Dibawah merupakan antara contoh-contoh surat pengesahan majikan:

surat pengesahan majikan
Sumber: Scribd
surat pengesahan majikan
Sumber: Scribd

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.