Advertisements

Cara Penulisan Invois, Fungsi, dan Contoh-Contohnya

Pada hari ini kami akan perkenalkan kepada anda tentang cara penulisan invois dan contoh-contohnya, namun begitu tahukah anda apa itu invois?

Invois atau lebih dikenali sebagai invoice merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh seseorang pemilik perniagaan, yang kemudiannya diserahkan kepada pelanggan bila waktu pembayaran barangan atau perkhidmatan tiba.

Dokumen ini berbeza dengan resit pembayaran kerana ia diberikan sebelum pembayaran dilakukan sebagai tanda bahawa perkhidmatan atau barang yang dibeli telah sampai kepada tangan pelanggan, oleh itu pembayaran perlu dilakukan.

Untuk mengetahui bagaimana cara penulisannya, boleh teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel.

Fungsinya

Invoice merupakan satu dokumen rasmi yang diberikan penjual kepada pembeli untuk mengutip bayaran kos produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diberikan kepada pembeli.

Di bawah merupakan fungsi lain dokumen ini:

  • Sebagai Rekod
    • Ia menjadi rekod pembayaran kepada dua-dua belah pihak, di mana jika tidak dikeluarkan, ia bermaksud produk masih belum diterima pelanggan.
    • Dan daripada pihak penjual, pengeluaran invoice bermakna, pembeli sudah boleh membayar produk atau perkhidmatan yang telah diberikan.
  • Sebagai Perlindungan Undang-undang
    • Ia boleh dijadikan sebagai dokumen hitam putih dan menjadi bukti rekod undang-undang, kerana ia mengandungi nama penjual dan pelanggan, perihal dan harga barangan atau perkhidmatan yang dijual, dan syarat pembayaran.
  • Bagi Memudahkan Urusan Pembayaran Cukai
    • Merekod dan menyelenggara semua invoice jualan membantu syarikat melaporkan pendapatannya dan memastikan syarikat itu membayar jumlah cukai yang sepatutnya.
  • Membantu dalam Menganalisis Perniagaan
    • Menganalisis invois boleh membantu perniagaan mengumpulkan maklumat daripada corak pembelian pelanggan mereka dan mengenal pasti arah aliran, produk popular, masa pembelian puncak dan banyak lagi dan perkara ini dapat membantu untuk membangunkan strategi pemasaran yang berkesan.

Perkara Penting dalam Invois

Dibawah adalah perkara-perkara penting yang perlu anda pastikan ada dalam penulisan invois anda:

  1. Perkataan “INVOIS” pada bahagian headline.
    • Bagi menjelaskan dokumen yang dihantar adalah invois, bukan resit atau dokumen sebut harga.
  2. Nama dan alamat penjual.
  3. Nombor invoice
    • Nombor Invois ini adalah sebagai rekod jualan untuk penjual.
  4. Tarikh penghantaran
  5. Nama dan alamat penerima
  6. Terma dan syarat
  7. Perincian bagi setiap produk atau perkhidmatan
  8. Kos seunit produk
  9. Kadar cukai
  10. Jumlah jumlah terhutang dengan mata wang
  11. Nota (jika ada)
  12. Tanda tangan penjual.

*Nota: Cara penulisan invois yang baik boleh dilihat dalam contoh yang disediakan dibahagian seterusnya

Contoh-Contoh Cara Penulisan Invois

Dibawah merupakan contoh cara penulisan invois yang baik

Invois
Sumber: Izyani & CO-Accounting,Tax, SU & HR
Cara Penulisan Invois
Sumber: Vertex
contoh-invois
Sumber: Canva

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.