Sambutan Hari Ibu merupakan perayaan yang diraikan bagi menunjukkan tanda penghargaan kepada para ibu yang telah banyak berkorban dan berjasa dalam membesarkan kita, tidak kiralah sama ada ibu tersebut merupakan ibu kandung, ibu tiri ataupun ibu angkat.
Perayaan ini disambut di seluruh dunia dengan tarikh yang berbeza, namun begitu, di Malaysia, sambutan perayaan ini di sambut pada hari Ahad kedua pada bulan May, dan pada tahun ini ia jatuh pada 14 Mei 2023.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang perayaan ini, dan contoh ucapan, puisi atau pantun yang boleh anda dedikasikan kepada ibu anda, teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Sejarah Hari Ibu
Seperti yang telah dibincangkan pada bahagian pengenalan kita tadi, Hari Ibu, merupakan satu sambutan perayaan yang dijalankan bagi meraikan para ibu yang telah banyak berjasa.
Perayaan yang berasal daripada Amerika ini, akan disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei dan pada tahun ini ia telah jatuh pada 14 Mei 2023.
Hari Ibu ini telah di mulakan oleh seorang wanita Amerika bernama Anna Jarvis pada 12 Mei 1907, bagi menujukkan tanda penghormatan beliau, kepada ibu beliau yang telah pun meninggal dunia.
Dan usaha beliau untuk mengkormesilankan perayaan ini telah disambut baik oleh masyarakat sekeliling, yang seterusnya menyebabkan Hari Ibu ini dijadikan sebagai satu perayaan yang sah.
Perkara ini menjadikan perayaan ini disambut di seluruh dunia dengan tarikh berbeza mengikut negara masing-masing.
Contoh Ucapan Hari Ibu
- Setiap hari adalah Hari Ibu. Kami doakan agar semua ibu-ibu ini diberikan kekuatan dalam menempuh kehidupan dan semoga sentiasa didalam rahmat-Nya
- Buat insan yang bernama Ibu, semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkahmu dalam memimpin keluargamu ke jalan yang diredhai Allah serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang di setiap usahamu. Mudah-mudahan pengorbananmu untuk keluarga akan sentiasa diberkati Allah dengan rahmat Nya yang Maha Luas serta mendapat Syafaat dari Rasulullah saw.
- “Pengorbanan sebagai seorang Ibu tidak ternilai dari pandangan zahir, namun ia diangkat tinggi oleh Allah SWT”. Selamat Hari Ibu!.
- Kasih ibu tiada ganti, tidak akan ada seperti sehangat kasihmu. Terima kasih Ibu kerana telah melahirkan, membesarkan dan memberikan didikan yang terbaik kepada kami selama ini. Selamat Hari Ibu.
- Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari lahir, ibu. Terima kasih untuk segalanya.
- “Harta boleh dicari, ilmu boleh digali, tetapi kesempatan untuk mengasihi Ibu, takkan terulang kembali, Kasihmu ibu membawa ke Syurga…”
- Selamat Hari Ibu!. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawa lindungan Allah SWT.
- “Untuk wanita yang bernama Ibu, terima kasih atas segala pengorbananmu, Semoga engaku sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi”
Contoh Puisi dan Pantun
Andainya dapat kuungkapkan
rimbunan bahasa kesyukuran
akan aku persembahkan seluruh taat setia
kerana betapa dari berjuta benih
aku telah dipilih-Nya
menuai tangkai hayat
di rimba rahim seorang ibu.Andainya dapat kusimpul
aura bahasa pengorbanan
akan aku perhambakan seluruh kudrat
kerana betapa dari degup nadi persenyawaan
aku telah dilimpahi-Nya segala keberkatan
pada takhta hati seorang ibu
meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.Andainya dapat kutenun
ABD RAHIM OMAR
fajar musim yang berlalu
akan aku pohonkan takzim
flora bahasa keampunan
kerana walau seluruh perkebunan nurani
mengalir zikrullah dan mujahadah
namun lazatnya syurga
hanya pada ladang bakti
untuk seorang ibu.
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah.
Mencari Syurga Seorang Ibu
IBUKU mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah daratIbuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikitIbuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkanIbuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logamIbuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancurO ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteriUsman Awang
( Dipetik dari Puisi-puisi pilihan Usman Awang)
Awan kelabu dipinggir desa,
Pasang pelita menjelang malam;
Hari ibu sepanjang masa,
Martabat wanita di angkat Islam.
Tanam tebu juga betik,
Ditepi telaga dihujung taman;
Sayangilah ibu setiap detik,
Hargailah mereka sepanjang zaman.
Doa rindu selalu dikirim,
Kasih semarak cinta terulung;
Kasih ibunya bukannya bermusim,
Jasanya banyak tidak terhitung.
Cahaya sinar bintang seribu,
Ruang angkasa gemerlap kejora;
Jika benar kasihkan ibu,
Balaslah jasa sepenuh jiwa.
Sarat muatan candu dan gambir,
Kapal tua dilaut mati;
Cinta bukan sekadar dibibir,
Jelmakan ia jadi realiti.
Nasi ditanak lauknya biasa,
Dimakan berdua air segelas;
Jadilah anak mengenang jasa,
Ibu tua mengharap belas.
Sungguh ayu sidara sunti,
Gadis Peringgit berkebaya nyonya;
Kasih ibu sukar diganti,
Duit ringgit bukan harganya.
Subur labu rantingnya dua,
Dicelah pangkal pohon tumbang;
Kedut seribu diwajah tua,
Tabah cekal menempuh gelombang.
Awan larat dipintu kuala,
Membawa hujan petir membelah,
Ibu tempat mengutip pahala,
Ladang keberkatan diredhai Allah.
Pantun seloka syair beribu,
Gurindam hebat kenangan abadi;
Untunglah jika mempunyai ibu,
Masih sempat membalas budi.
Ramai tetamu telah dijamu,
Lazat rasa semua makanan,
Pulanglah ibu menemui tuhanMu;
Kutitipkan doa memohon keampunan.
Masuk hutan diwaktu pagi,
Senapang dibawa memburu rusa;
Kami akan menyusul pergi,
Entah bila detik dan masa.
Nukilan: MRI
Baca juga: