Sambutan Hari Bapa merupakan satu perayaan yang disambut bagi menunjukkan penghargaan kepada para bapa yang telah banyak berjasa dalam membesarkan kita.
Perayaan ini disambut di seluruh dunia dengan tarikh yang berbeza, namun begitu, di Malaysia, sambutan perayaan ini di sambut pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang perayaan ini, teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujung.
Asal Usul Sambutan Hari Bapa
Asal usul perayaan ini adalah disebabkan oleh Sonora Smart Dodd yang merasakan bahawa sambutan Hari Bapa juga perlu dilakukan bagi menghargai para bapa.
Dodd dan empat orang adik-beradiknya telah dibesarkan oleh ayah mereka, William Jackson Smart, yang merupakan seorang bekas askar, selepas kematian ibu mereka.
Hal ini lah yang menyebabkan, Dodd merasakan bahawa selain hari ibu, hari bapa juga perlu diadakan bagi menghargai pengorbanan para bapa, dan beliau telah mengemukakan cadangan ini kepada ketua agama kawasan tempat tinggalnya, dan idea beliau telah diterima.
Hari Bapa pertama ini telah disambut pada 19 Jun 1910, bulan kelahiran bapa Dodd, dan pada tahun 1966 Pres. Lyndon B. Johnson mengeluarkan pengisytiharan yang mengiktiraf perayaan ini yang akan disambut pada hari Ahad ketiga pada bulan Jun.
Contoh Ucapan Buat Bapa
Dibawah merupakan contoh ucapan yang anda boleh berikan kepada bapa anda sempena tarikh istimewa ini:
- Disetiap keringatmu, disetiap nafasmu, penuh dengan kasih sayangmu. Terima kasih ayah.
- Kasihnya ibu membawa ke syurga dan kasihnya ayah sepanjang masa. Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih ayah atas jasa, keringat dan pengorbanmu membesarkan kami.
- Setiap penat lelahmu, setiap titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu tak terhitung. Tak pernah berkira walau sekalipun. Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Abah.
- Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu, Jasa dan pengorbananmu tak terhitung, Tak pernah berkira walau sekalipun, Dialah insan paling ikhlas. Terima kasih Ayah.
- Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah kau berikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.
- Ayah, terima kasih kerana telah membentuk kami menjadi seorang yang cekal hatinya. Setiap nasihatmu akan kami ingati. Berkat ketegasanmu dalam mendidik telah menjadikan kami berjaya pada hari ini. Terima kasih, Ayah. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan Ayah kepada kami.
- Selamat Menyambut Hari Bapa. Terima kasih bapa atas jasa, keringat dan pengorbananmu membesarkan kami.
- Selamat Hari Bapa. Engkaulah hero dalam hidup kami. Love You Papa.
- Disebalik kasih ibu, Ada kerja keras seorang ayah. Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.
- Terima Kasih AYAH. Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
- Terima Kasih Ayah! Kau tetap gagah melawan ombak kepayahan dan perjuangan hidup demi kebahagiaan keluargamu. Kau tetap terus berusaha untuk isteri dan anak-anakmu.
- Buat Ayah, walau dimana sekalipun kau disaat ini. Semoga tuhan selalu memberkati, menjaga dan mencintaimu.
- Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
- Selamat Hari Bapa. Kepada ayah tersayang yang telah terlebih dahulu pergi, tersenyumlah dikau di syurga. Ayah, kehadiranmu terasa begitu singkat di hidupku. Sesungguhnya tuhan memiliki rencana yang lebih indah untukmu. Al fatihah untuk ayah dan semua yang telah pergi.
- Pengorbanan dan jasamu tidak ternilai. Selamat Hari Bapa
Contoh Puisi dan Pantun
Dibawah merupakan contoh puisi dan pantun yang boleh anda dedikasikan kepada bapa anda bagi menunjukkan tanda penghargaan anda kepada mereka:
Sungguh besar pengorbanan ayah,
Tidak pernah kenal erti penat dan lelah,
Kasihi ayah sepanjang masa,
Cintai anak hingga ke syurga.
Usia ayahanda meniti senja,
Tapi gagahnya luar biasa,
Walau kudrat tidak seperti muda,
Itulah hero di hati anakanda
Ayah,
Dalam senyuman,
Terlindung keperitan,
Tertanam kepahitan,
Tertutup kedukaan,
Demi anak kesayangan.
Benarlah kata pepatah,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih ayah sepanjang masa.
Baca juga: