Gerak Malaysia: Permohonan & Semakan Status Rentas Negeri Online

Bagi yang terkandas akibat PKP, anda boleh membuat permohonan rentas negeri bermula esok (26 April) melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Menurut laporan akhbar, PDRM memberi masa tiga hari (1-3 Mei) untuk orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).

Permohonan juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis berdekatan namun keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi tersebut perlu mengemaskini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan.

Semakan status permohonan akan dimaklumkan bermula 1 Mei nanti.

“Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R).

“Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan termasuklah di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain,” katanya.

Hanya fasiliti tandas sahaja awam sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat dan pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.

Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.

“Satu kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.

Download Aplikasi Gerak Malaysia

Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play atau App Store bermula hari ini.

Secara ringkasnya, GERAK MALAYSIA adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak.

GERAK MALAYSIA juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.