Advertisements

GoDigital Sarawak: Geran Pendigitelan Perniagaan

GoDigital Sarawak merupakan sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Sarawak ke arah pendigital perniagaan kecil dan sederhana di negeri itu.

GoDigital Sarawak merupakan satu inisiatif yang diasaskan oleh MINTRED, dikuasakan oleh SDEC bertujuan untuk membiaya alatan teknologi kepada MSMEs Sarawak bagi mendigitalkan perniagaan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Pengenalan GoDigital Sarawak

Go Digital Sarawak merupakan inisiatif yang telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan melalui Bantuan Khas Sarawakku Sarawak (BKSS) 5.0.

BKSS 5.0 memperkenalkan program GoDigital Sarawak dengan matlamat utama untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) dengan mendigitalankan perniagaan mereka.

Tujuan geran ini diwujudkan adalah untuk memperkasakan PKS dalam mendigitalkan perniagaan mereka dan juga membantu dalam memulihkan perniagaan mereka daripada pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan perniagaan mereka.

Menerusi geran ini, usahawan PKS Sarawak boleh memohon perkakasan bagi pendigitalan seperti komputer riba, kamera, tablet, dron dan lain-lain untuk perniagaan mereka.

Permohon yang berminat boleh membuat permohonan bermula 12 Jun sehingga 12 Julai 2023 secara atas talian.

GoDigital-Sarawak

Jenis Bantuan

Inisiatif GoDigital Sarawak menyediakan geran kepada PKS yang terlibat dalam Keusahawanan Digital untuk membeli perkakasan dan perisian dengan nilai sehingga RM10,000.00.

Peralatan Boleh Dipohon

Berikut merupakan peralatan yang boleh dipohon menerusi geran ini berdasarkan jenis perniagaan anda:

  1. Kedai runcit/perkakasan
    • Komputer
    • Tablet
    • Sistem ePOS
    • Simpanan Data
  2. Fotografi/videografi
    • Komputer
    • Kamera
    • Dron
    • Tablet
    • Simpanan Data
  3. F&B/Café/Restoran
    • Komputer
    • Sistem ePOS
    • Kamera
    • Tablet 
  4. Kandungan kreatif
    • Komputer
    • Kamera
    • Tablet
    • Tablet Melukis
    • Simpanan Data
  5. Inovasi/pendidikan STEM
    • Komputer
    • Kamera
    • Dron
    • Tablet
    • Simpanan Data
  6. Reka bentuk grafik
    • Komputer
    • Kamera
    • Monitor
    • Tablet
    • Tablet Melukis
    • Simpanan Data
  7. Kedai roti
    • Komputer
    • Kamera
    • Tablet
    • Sistem ePOS
    • Simpanan Data
  8. Perniagaan dalam talian/e-dagang
    • Komputer
    • Kamera
    • Tablet
    • Simpanan Data
  9. Sektor pertanian
    • Komputer
    • Kamera
    • Dron
  10. Pengurusan acara/perancang perkahwinan
    • Komputer
    • Kamera
    • Dron
    • Tablet
    • Simpanan Data

Matlamat & Objektif GoDigital Sarawak

Objektif dan matlamat utama insiaftif GoDigital Sarawak oleh kerajaan Sarawak ini adalah:

  • Membantu Usahawan yang terkesan dengan Pandemik COVID-19
  • Untuk membangunkan usahawan sedia digital di seluruh Sarawak
  • Untuk merealisasikan usaha pendigitalan Kerajaan Negeri

Tempoh Permohonan GoDigital Sarawak 2023

godigital-sarawak

Bagi individu yang ingin memohon GoDigital Sarawak bagi tahun 2023, anda boleh mula memohon bermula daripada 12 Jun 2023 hingga 12 Julai 2023.

Setiap pengguna hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan pemohon akan dihubungi bagi memaklumkan status permohonan mereka dalam masa yang sesuai.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan utama pemohon yang ingin memohon geran ini adalah mereka mestilah pemilik PKS yang berdaftar melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Ordinan Lesen Perniagaan 1948/Akta Koperasi 1993/Permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Cara Mendaftar

Segala proses permohonan bagi geran Go Digital Sarawak boleh dilakukan di laman rasmi mereka di pautan berikut: https://go.sarawak.digital/

Bagi pengguna baru, anda dikehendaki mendaftarkan akaun terlebih dahulu sebelum boleh menghantar permohonan anda bagi geran ini.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan akaun GoDigital Sarawak anda:

  1. Klik butang “Register Now” untuk mendaftar
  2. Isikan butiran anda dalam borang pendaftaran
  3. Pilih medium komunikasi pilihan (SMS/Whatsapp) dan kategori perniagaan
  4. Klik butang Next
  5. Masukkan dan sahkan kata laluan anda.
  6. Sila klik pada persetujuan terma dan syarat untuk meneruskan.
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Sila semak emel anda untuk pengesahan pendaftaran.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web rasmi GoDigital Sarawak
  2. Di bahagian ‘Register Here,’ masukkan maklumat pemohon.
  3. Klik butang ‘Register.’
  4. Semak email dan klik link yang diberikan untuk mengesahkan pendaftaran.
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Pergi ke bahagian katalog dan klik butang ‘Apply/Mohon’ bagi peralatan yang ingin dipohon.
  7. Semak ‘My Basket’ dan klik butang ‘Proceed to Application’
  8. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  9. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  10. Hantar permohonan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Perniagaan
  2. Ekstrak Nama Perniagaan
  3. Lesen Perniagaan
  4. Borang 9 (jika ada)

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Untuk pertanyaan umum mengenai proses permohonan GoDigital Sarawak, hantarkan e-mel kepada [email protected]

Baca juga: ANIS Selangor: Bantuan Anak OKU Sehingga RM5,000

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.