Ucapan selamat pagi merupakan ucapan permulaan hari, oleh itu ucapan yang diberikan pada waktu ini mampu mengubah hari seseorang.
Oleh itu, di bawah ini akan kami senaraikan ucapan selamat pagi yang anda boleh kongsikan dan ucapkan kepada rakan-rakan, keluarga dan kenalan anda sebagai pemulaan hari mereka.
Contoh Ucapan Selamat Pagi
Dibawah merupakan 40 senarai ucapan yang anda boleh ucapkan pada keluarga, rakan dan kenalan anda:
1. Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka pintu rezeki, pintu segala kebaikan, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga buat kami. Assalamualaikum & Selamat Pagi
2. Setiap hari kita mulakan dengan harapan dan kita akhiri dengan pengalaman.
3. Mulakan pagi ini dengan bersedelah. dan sedekah yang tidak memerlukan modal adalah SENYUMAN.
4. Good morning! Mulailah harimu dengan senyuman dan fikiran positif.
5. Sikap yang baik itu seperti secangkir kopi yang sempurna. Jangan memulakan harimu tanpanya.
6. Semoga hari ini menyenangkan dan bagi yang ‘stuck’, semoga kita sama-sama dapat menemui solusi untuk permasalahan tersebut.
7. Hari kita bergantung bagaimana kita memulakan hari kita. Jadi mulakan pagi kita dengan pemikiran yang positif dan fikirkan hari produktif yang akan kamu miliki.
8. Semoga hari ini memberi kita kesihatan dan ‘vibe’ yang positif! Insya-Allah, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati.
9. Mulakan dengan Bismillah beserta dengan senyuman. Moga hari ini menjadi hari yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayangNya.
10. Hari yang baru bukan hanya tentang terbitnya matahari, tapi juga tentang sinar baru yang menerangi hatimu.
11. Mulakan pagi dengan doa dan kesyukuran. Ceriakan hidupmu dengan senyuman. Semoga dipermudahkan segala urusan dan apa yang diusahakan mendapat keberkatanNya. Aamiin….
12. Hari baru telah bermula. Ayuh, bangun dan lakukan sesuatu yang luar biasa hari ini!
13. Mulakan harimu dengan senyum lebar kerana senyuman itu boleh ‘berjangkit’ dan ia pasti akan membawa perubahan!
14. Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur dengan nikmat bangun pagi, jadi bangunlah dan mula bekerja dengan penuh semangat. Bismillah.
15. Mulakan pagi kita dengan BISMILLAH. Ditambah dengan SENYUMAN. Semoga hari ini hari yang diberkati untuk kita semua. Aamiin…
16. Percayalah kepada diri sendiri dan kamu akan dapat mencapai apa pun dalam hidup. Selamat pagi.
17. Semoga pagi ini membawa senyum cerah di wajahmu. Semoga kamu memiliki hari yang indah dan bermanfaat! Selalu tersenyum.
18. Perindahkan pagimu dengan ZIKIR KESYUKURAN. Ceriakan hatimu dengan memberi senyuman. Jalani harimu dengan KEIKHLASAN.
19. Hidup yang indah tidak terjadi begitu saja. Ia dibangunkan setiap hari dengan doa, kerendahan hati, pengorbanan, dan cinta.
20. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana ia dapat memberi impak yang positif kepada diri sendiri dan juga orang lain.
21. Jalan yang sulit sering kali mengarah ke jalan yang terindah. Selamat pagi!
22. Semangat Pagi! Semoga pagi ini penuh berkat dan senyuman.
23. Ya Allah, denganMu aku menjalani pagi hari. DenganMu aku menjalani petang hari. DenganMu aku hidup dan denganMu aku mati. Hanya kepadaMu aku kembali.
24. Selamat pagi! Hari lain, berkah lain, dan kesempatan lain dalam hidup. Jangan anggap remeh dan anggap setiap napas sebagai hadiah.
25. Terkadang ujian terbesar dalam hidup adalah mampu memberkati orang lain saat melewati badaimu sendiri. Selamat pagi!
26. Orang yang bahagia itu bahagia, bukan karena segalanya baik-baik saja dalam hidupnya. Ia bahagia karena sikapnya terhadap segala sesuatu dalam hidupnya benar. Selamat pagi.
27. Bangunlah pagi-pagi dan berusahalah untuk mewujudkan impianmu. Selamat pagi!
28. Setiap hari membawa peluang baru, mereka yang memulai hari lebih awal, akan meraihnya sebelum orang lain. Selamat pagi.
29. Ya Allah, Jadikan hari ini sebagai pembuka rezeki dan keberkatan pintu kebaikan, kesihatan, keselamatan dan pintu syurga bagi kita semua. Aamiinn
30. Selamat pagi jiwa-jiwa berkeyakinan tinggi, kesulitan yang dihadapi hari ini akan membawa kamu kepada kejayaan.
31. Pagi datang agar manusia tahu bahwa mereka berhak memiliki kesempatan baru. Selamat pagi.
32. Ya Allah, Pagi ini aku mohon kau bersihkan hatiku dari rasa kekuatiran. Penuhi hatiku dengan kelembutan. Permudahkan rezekiku dan damaikan hatiku dalam cinta yang setia. Aamiinn….
33. Masa depan adalah milik mereka yang bersemangat mengemudi hari ini.
34. Doaku semoga segala urusan hari ini, Allah mudahkan. Lancar tanpa ada halangan yang tidak mampu untuk kita jalani.
35. Hidup itu singkat dan setiap detik berharga, jadi manfaatkanlah sebaik-baiknya. Mulailah setiap hari dengan pikiran positif dan senyuman di wajahmu. Selamat pagi!
36. Teruslah melangkah dalam hidup. Semua yang diinginkan akan datang kepadamu pada waktu yang tepat. Percaya saja pada diri sendiri dan terus bekerja keras. Selamat pagi!
37. Selamat pagi! Semoga kamu tidur nyenyak dan sekarang penuh energi untuk menaklukkan dunia. Manfaatkan hari ini sebaik mungkin dan semoga kamu diberkati dengan semua yang kamu inginkan.
38. Selamat Pagi. Ya Allah, jika rezekiku masih ada dilangit, aku mohon turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, aku mohon dekatkanlah.
39. Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ya Allah, kabulkan setiap doa kami. Hanya kepada Engkau aku meminta dan hanya kepada Engkau aku memohon segala sesuatu.
40. Baik buruknya, itu semua tergantung pada pandangan kita terhadap suatu situasi. Selamat pagi!
Diharapkan dengan ucapan selamat pagi yang menarik ini, anda mampu membuat hari individu tersayang bertambah baik.
Baca juga: Selamat Hari Raya AidilAdha 2023: Koleksi Ucapan Buat Keluarga & Rakan