STR Rayuan akan di buka bagi pemohon yang tidak layak mendapat bantuan berstatus tidak lulus bermula daripada 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan kepada penerima bantuan yang layak
Namun begitu, terdapat beberapa pemohon yang gagal mendapatkan bantuan STR ini atas sebab-sebab tertentu, dan di sini akan kami jelaskan sebab tidak layak dan bagaimana anda boleh melakukan rayuan bantuan tersebut.
Rayuan STR 2023 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau sebelum ini lebih dikenali sebagai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan STR bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan.
Namun begitu terdapat beberapa individu yang gagal mendapatkan bantuan ini atas sebab-sebab tertentu, dan kerajaan memberi mereka peluang untuk melakukan permohonan STR Rayuan.
Permohonan rayuan bagi bantuan ini hanya dibuka kepada pemohon tidak layak yang berstatus tidak lulus sahaja.
Tempoh Permohonan STR Rayuan
Bagi anda yang berada pada status tidak lulus, anda boleh melakukan STR Rayuan mulai 3 Julai 2023 sehingga 31 Julai 2023, secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Kaedah Rayuan
Bagi anda yang ingin melakukan rayuan, anda boleh melakukanya dengan cara berikut:
- Secara Dalam Talian (Bagi pemohon berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja)
- Melalui Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM (Kaunter STR LHDNM akan dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.)
NOTA: Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.
Kaedah Rayuan Secara Atas Talian
Berikut merupakan kaedah membuat permohonan rayuan str secara online
- Pemohon perlu melayari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pemohon bantuan rahma mestilah log masuk ke akaun rasmi dengan memasukkan nombor MyKad dan kata laluan yang betul.
- Menerusi sistem bantuan ramah ini, pemohon hendaklah klik pada bahagian “Permohonan Rayuan”. (Walaubagaimanapun, bahagian ini masih tidak dibuka untuk permohonan sehingga dimaklumkan kepada umum).
- Kemaskini maklumat bantuan ramah perlu dibuat oleh pemohon.
- Akhir sekali, hantar permohonan rayuan batuan tunai rakyat dengan klik pada butang “Hantar”.
NOTA: Permohonan rayuan STR secara atas talian masih belum dibuka untuk permohonan menerusi sistem rasmi di portal LHDN.
Kaedah STR Rayuan di Kaunter LHDN Hasil
Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan STR rayuan menerusi kaunter LHDN:
- Pemohon batuan perlu hadir ke cawangan LHDN yang berdekatan dengan pemohon.
- Pemohon hendaklah mengisi borang “Permohonan Rayuan” dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan rayuan bantuan tersebut.
- Permohonan berjaya dihantar.
- Permohonan pemohon akan dimaklumkan oleh pihak LHDN dari semasa ke semasa sama ada ianya berjaya atau tidak.
NOTA: Borang permohonan rayuan akan dikeluarkan oleh pihak LHDN setelah tempoh rayuan ini dibuka kepada pemohon.
Tarikh permohonan rayuan ini akan dimaklumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan.
Semak Status Rayuan
Setelah permohonan rayuan berjaya dibuat, semakan permohonan rayuan ini boleh disemak secara atas talian dan juga menerusi cawangan LHDN yang berdekatan atau melalui laman rasmi STR dengan cara berikut:
- Layari laman web rasmi MySTR
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Masukkan kod catcha yang tertera.
- Tekan semak.
- Status BKM anda akan terpapar:
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
- Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan
Kod Alasan Tidak Lulus
Permohonan rayuan STR ini hanya boleh dilakukan oleh pemohon yang berstatus tidak lulus dan pemohon yang tidak mengemaskini maklumat di sistem rasmi di portal LHDN.
Antara sebab-sebab atau punca permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 pemohon ditolak adalah disebabkan oleh:
KOD TIDAK LULUS | ALASAN TIDAK LULUS |
01 | Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan |
02 | Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
03 | Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan |
04 | Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi |
05 | Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan |
06 | Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang |
07 | Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa |
08 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 |
09 | Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 |
10 | Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi |
11 | Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
12 | Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
13 | Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad |
14 | Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian |
15 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40). |
16 | Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) |
17 | Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 |
18 | Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi |
19 | Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi |
21 | Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
22 | Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain |
23 | Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain |
24 | Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
25 | Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain |
26 | Anak telah membuat permohonan lain |
27 | Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain |
29 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan |
30 | Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap |
31 | Status Perkahwinan perlu pengesahan |
32 | Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan |
33 | Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan |
34 | Pasangan meninggal dunia |
35 | Anak meninggal dunia |
36 | Pendapatan perlu pengesahan |
38 | Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan |
41 | Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan |
Maklumat Tambahan
Bagi anda yang inigin mendapatkan maklumat tambahan berkenaan STR Rayuan ini, anda boleh hubungi:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): 1-800-88-2747
- Hotline BKM di KKM: 03-8882 4565/03-8882 4566
- Hasil Care Line (HCL): 03- 89111000
ATAU;
Anda boleh dapat maklumat tersebut melalui portal rasmi STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.