Advertisements

i-Miliki: Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah

i-Miliki merupakan pemberian insentif daripada kerajaan yang memberikan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama bermula daripada 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Inisiatif yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini telah dipersetujui oleh kerajaan Madani untuk diteruskan pada tahun ini untuk menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang insentif ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apakah i-MILIKI?

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan inisiatif i-MILIKI dalam jelajah Karnival Jom Beli Rumah pada tahun 2022 pada 15 Julai 2022.

Ia melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut harga rumah.

Di bawah Program Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme – HOPE), pemilikan rumah pertama menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-MILIKI) akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman:

  • Pengecualian duti setem 100% diberi bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000; dan
  • Pengecualian duti setem 75% diberi bagi pembelian rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1,000,000.

Layanan duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023.

Selain itu, Kerajaan juga telah bersetuju supaya duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1,000,000 pertama nilai harta tanah.

Baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50% ke atas duti setem yang dikenakan. Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023.

i-Miliki

Tempoh Pengecualian Duti Setem

Tempoh pengecualian duti setem daripada insentif i-Miliki ini boleh dimohon bermula dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023.

i-miliki

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon i-Miliki:

  • Hanya untuk rumah kediaman
  • Sesuai untuk projek baru sahaja.
  • Hanya dokumen pembelian hartanah terpilih dikecualikan daripada duti setem
  • Pengecualian duti setem 100% hanya untuk rumah bawah RM500,000.

Contoh Kiraan Duti Setem i-Miliki

Contoh kiraan bagi pengecualian duti setem i-Miliki ini adalah seperti berikut:

  1. Harga rumah : RM300,000 (RM500,000 ke bawah)
    • Legal fees SPA : RM3,000
    • Stamp duty SPA : RM5,000 (PERCUMA)
    • Loan agreement fees : RM,3000
    • Stamp duty loan : RM1,500 (PERCUMA)
  2. Harga rumah: RM600,000 (Lebih RM500,000)
    • Legal fees spa : RM5,800
      Stamp duty spa : RM12,000 (DISKAUN 50%)
    • Loan agreement fees : RM5,800
    • Stamp duty loan : RM3,000 (DISKAUN 50%)

*NOTA: Kiraan di atas belum termasuk disbursement, SST, misc dan lain-lain.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan i-Miliki ini, anda boleh rujuk portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau layari: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/dutisetem.html 

atau anda juga boleh merujuk pada warta kerajaan berkenaan pengecualian duti setem di bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.