Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1444H bersamaan tahun 2023 telah pun berlangsung bermula 11 Jun 2023 sehingga 16 Jun 2023 dan dijalankan di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
Seramai 42 qari dan 42 qariah telah menyertai dan bertanding dalam MTHQK 2023 dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan dan memeriahkan MTHQK 2023 di Dewan PICCA bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan MTHQK 2023 ini, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel.
Majlis Tilawah Al-Quran Dan Hafazan Kebangsaan 2023
MTHQK ini merupakan program tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dianjurkan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan bagi tahun 2023 ini, Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M (MTHQK) yang berlangsung selama enam hari bermula daripada 11 Jun sehingga 16 Jun 2023 di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
Perasmian MTHQK 2023 ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, pada 11 Jun 2023 (Ahad) jam 8.55 malam di Dewan Utama PICCA dan Majlis penutup dan penyampaian hadiah pula akan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 16 Jun 2023 (Jumaat), 8.00 malam di tempat yang sama.
Kategori Penyertaan
Bagi tahun 2023 ini, dijangka seramai 108 peserta daripada seluruh Malaysia akan terlibat dengan MTHQK 2023.
Setiap negeri dianggarkan diwakili oleh lapan (8) orang peserta, di mana dua (2) daripadanya mewakili negeri tersebut dalam pertandingan Tilawah Al-Quran, dan enam (6) peserta lagi akan mewakili negeri dalam pertandingan Hafazan.
Penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini dianggarkan seramai 29 orang peserta Tilawah; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qari.
Hafazan pula bakal menyaksikan seramai 80 orang perserta, dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam 3 kategori berikut:
- Kategori Pertama = 10 Juzuk (14 lelaki dan 13 wanita)
- Kategori Kedua = 20 Juzuk (14 lelaki dan 14 wanita)
- Kategori Ketiga = 30 Juzuk (13 lelaki dan 12 wanita)
Kesemua peserta berusia di antara 10 hingga 25 tahun.
Penjurian
Seramai 32 hakim terlibat dalam penjurian MTHQK 2023 dengan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, seramai 17 orang juri ditugaskan untuk menilai bacaan para peserta Tilawah, dan 15 orang juri ditugaskan untuk menilai para huffaz.
Aspek-aspek bacaan yang akan dinilai oleh para hakim ini ialah:
- Kelancaran bacaan (fasohah)
- Hukum tajwid
- Suara
- Persembahan
- Tarannum
Jadual Majlis Tilawah & Hafazan Peringkat Kebangsaan 2023 / 1444 H
- Tarikh : 11 Jun 2023 (Ahad) hingga 16 Jun 2023 (Jumaat)
- Tempat : Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang.
- Sesi hafazan akan bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, manakala sesi Tilawah pula bermula jam 8.45 malam.
Siaran Langsung
Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan MTHQK ini, namun anda tidak dapat pergi ke lokasi yang dinyatakan, anda boleh menoton secara langsung Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 ini di saluran berikut:
- TV1 RTM
- TV Al-Hijrah
- Radio-radio milik RTM
- Radio IKIM FM
- Media sosial rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Keputusan Penuh Senarai Pemenang Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2023
Berikut adalah senarai penuh bagi pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443H / 2022M yang berlangsung bermula 9 hingga 18 Jun 2022 di Johor Bahru, Johor. Senarai pemenang bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M
Kedudukan | Pemenang Kategori Qari | Markah | Negeri |
Johan | Muhamad Qayyim Nizar Bin Sarimi | 92.67% | Kelantan |
Naib Johan | Aiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan | 89.33% | Perak |
Ketiga | Mohamad Husaini Bin Mahmur | 88.99% | Negeri Sembilan |
Kedudukan | Pemenang Kategori Qariah | Markah | Negeri |
Johan | Nor Hidayah Binti Abdul Abd Rahman | 85% | Terengganu |
Naib Johan | Nor Ruzana Natiah Binti Jaafar | 84.33% | Selangor |
Ketiga | Nurul Nadiah Binti Hashim | 84% | Johor |
Keputusan Penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M
- Kategori 30 Juzuk
- Johan (Lelaki) : Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan (Johor)
- Johan (Wanita): Dian Karisma Mohd Japar (Sabah)
- Kategori 20 Juzuk
- Johan (Lelaki) : Muhammad Fakhrurazi Yahaya (Terengganu)
- Johan (Wanita): Dina Hadfina Mohd Umarul Hisyam (Melaka)
- Kategori 10 Juzuk
- Johan (Lelaki) : Muhammad Fahmi Shari (Wilayah Persekutuan)
- Johan (Wanita): Siti Nabilah Zamri (Melaka)
NOTA: Johan Keseluruhan dimenangi oleh Negeri Sembilan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 ini anda boleh ke laman rasmi MTHQK 2023
Baca juga: Hari Arafah 2023 – Tarikh, Waktu Wuquf & Contoh Amalan Sunat