harga lesen memandu 2019

Peraturan Baharu & Semakan Harga Lesen Memandu Terkini 2019

Untuk makluman, terdapat beberapa peraturan baharu lesen memandu yang diperkenalkan.

Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2019 — termasuk kereta dan motosikal.

Selain itu, ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta bagi mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar.

Selepas ini juga, semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipantau melalui video di bilik kawalan.

Baca: Check Saman Online Di Sini

Harga Lesen Memandu 2019

Berikut adalah senarai harga lesen memandu mengikut kategori:

  • Motosikal (B2) – RM350
  • Kereta Manual (D) – RM1,150
  • Kereta Automatik (DA) – RM1,250

Anda boleh buat pengesahan harga di institut memandu berhampiran (klik link di bawah untuk lihat senarai penuh institut memandu mengikut negeri).

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my

Cara Mengambil Lesen Memandu

Berikut dikongsikan cara-cara mengambil lesen memandu 2019.

Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc.

Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.

Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu.

Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:

  1. Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Metro Driving Academy atau juga menerusi website Metro Driving Academy. Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
  2. Kursus KPP – Kursus KPP di Metro Driving Academy diadakan selama 6 jam untuk Kursus Bahasa Malaysia pada hari sabtu & ahad manakala untuk Kursus Bahasa Inggeris pula pada hari ahad sahaja. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
  3. Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus di Metro Driving Academy.
  4. Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
  5. KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
  6. KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
  7. Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal. 
  8. Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ yang diadakan setiap hari khamis bagi Kampus Subang dan hari jumaat bagi Kampus Puchong. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal. 

Panduan mengambil lesen memandu ini dikongsikan oleh syarikat Metro Driving Selangor.

  • 15.2K
    Shares