Bantuan JKM akan dinaikkan dari RM300 ke RM1,000?
Sama-sama nantikan usul yang akan dibawa Perdana Menteri pada mesyuarat jemaah menteri minggu hadapan.
Buat masa sekarang, bantuan JKM masih kekal antara RM200 hingga RM300 seorang.
Terdapat beberapa bantuan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Antaranya:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
- Elaun Pekerja Cacat (EPC);
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
- Bantuan Orang Tua (BOT);
- Bantuan Am Persekutuan (BA);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Bantuan Latihan Perantis (BLP);
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
Borang Bantuan JKM 2020
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk memohon bantuan JKM, sila download dan isi borang di bawah:
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Permohonan hendaklah dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
Setiap permohonan akan menjalani siasatan penilaian bagi mengesahkan status pemohon.
Pemohon juga disarankan untuk membawa bersama dokumen sokongan bagi memudahkan urusan permohonan.
Antara dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Bantuan Bulanan JKM
Di bawah skim bantuan bulanan JKM, terdapat 9 bantuan disediakan. Antaranya:
Bantuan Kanak-Kanak
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450 seisi rumah melebihi 4 orang kanak-kanak.
Syarat permohonan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Bantuan Anak Pelihara
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Syarat permohonan:
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Bantuan Orang Tua
RM350 sebulan seorang.
Syarat permohonan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- institusi kendalian JKM; atau
- pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Elaun Pekerja Cacat
RM400 sebulan.
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bantuan Am Persekutuan
RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Bantuan Am Negeri
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
RM250 seorang sebulan.
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
RM350 sebulan seorang.
Syarat permohonan:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Bantuan Latihan Perantis
RM200 sebulan seorang untuk anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Bantuan Sekaligus
Terdapat 3 bantuan sekaligus yang disediakan di bawah JKM iaitu:
- Geran pelancaran sebanyak RM2,700
- Bantuan alat tiruan / alat sokongan (bergantung kepada harga sebenar) seperti anggota palsu, kerusi roda dsb
- Tabung bantuan mangsa serangan binatang buas — Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
Info Lanjut
Untuk maklumat terkini dan semakan kadar bantuan JKM 2020, anda boleh layari portal rasmi http://www.jkm.gov.my/
Semoga kadar yang diusulkan PM mendapat sokongan menteri supaya rakyat dapat menikmati bantuan sehingga RM1,000.