Advertisements

HPP Rapid KL: Pelan Pelindungan Hospital Percuma 50,000 Penumpang

Advertisements

Sebanyak 50,000 penumpang perkhidmatan Rapid KL bakal mendapat manfaat terbaharu daripada Rapid KL iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.

HPP ini merupakan inisiatif terbaharu hasil kolborasi dengan AIG Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam darat, khususnya pengguna yang bekerja di sekitar Lembah Klang.

Pelaksanaan insentif ini adalah serentak dengan pembukaan Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya bermula daripada 16 Jun 2022.

Elaun Tunai Harian

Menerusi pelan ini, memegang polisi akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.

Elaun tunai harian ini berikan sehingga 14 hari pesakit itu dimasukkan ke hospital.

Cara Memohon

Permohonan untuk memohon dan mendaftar pelan ini boleh dibuat menerusi applikasi mudah alih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022.

Sila muat turun aplikasi PULS menerusi pautan https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Duta Rapid KL

Bagi pengguna yang menghadapi masalah menggunakan aplikasi PULSE, mereka boleh memohon bantuan daripada Duta Rel atau Rail Ambassador yang telah dilantik.

Mereka dikenalpasti dengan mudah di stesen dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.

Buat permulaa, duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen iaitu:

  • Masjid Jamek
  • IOI Puchong Jaya
  • Bandar Tasik Selatan
  • Bandaraya
  • Maluri (untuk Laluan Ampang)
  • Stesen KL Sentral
  • Pasar Seni
  • Wangsa Maju
  • KLCC
  • Subang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)
  • Bukit Bintang
  • Imbi
  • KL Sentral
  • Hang Tuah (untuk Laluan Monorel)
  • Bukit Bintang
  • Maluri
  • Pasar Seni
  • Muzium
  • Cochrane

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai HPP, sila layari laman web https://myrapid.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.