Advertisements

Cara Pengiraan Kadar Caruman KWSP & SOCSO 2019

Berikut dikongsikan cara pengiraan kadar caruman KWSP atau EPF dan kadar caruman PERKESO (SOCSO) yang terkini bagi tahun 2019.

Untuk makluman semua, kadar caruman syer pekerja KWSP kini kembali ke asal iaitu 11% berkuatkuasa bulan Januari ini.

Kadar caruman bulanan yang dinyatakan ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang berikut sehingga pekerja itu mencapai umur enam puluh tahun:

  • pekerja yang merupakan warganegara Malaysia;
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia tetapi merupakan pemastautin
    tetap di Malaysia; dan
  • pekerja yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum
    sebelum 1 Ogos 1998.

Bagi yang bergaji RM5,000 ke bawah, apabila menerima bonus menjadikan upah yang diterima bagi bulan itu melebihi RM5,000.00, caruman majikan hendaklah dikira pada kadar 13% daripada amaun upah bagi bulan itu.

Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya.

Apakah Yang Dimaksudkan Caruman?

Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja. 

Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP. 

Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:

  •  Tunai
  • Wang pos
  •  Cek
  • Perbankan internet
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Selain caruman, KWSP juga menyediakan beberapa kemudahan pengeluaran untuk anda.

Kemudahan-kemudahan pengeluaran ini adalah terdiri daripada Pengeluaran Sebelum Persaraan dan Pengeluaran Persaraan.

Pastikan anda baca: 17 Jenis Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan.

Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti.

Manakala Pengeluaran Persaraan pula membenarkan anda mengeluarkan simpanan setelah anda mencapai umur persaraan.

Selain daripada kemudahan pengeluaran, KWSP juga ada menyediakan kemudahan pengeluaran pelaburan untuk ahli KWSP.

Kadar Caruman KWSP 2019

Berikut adalah jadual pengiraan kadar caruman syer pekerja dan majikan KWSP bermula 2018.

Untuk maklumat lanjut layari portal rasmi KWSP di http://www.kwsp.gov.my/

Kadar Caruman PERKESO / SOCSO 2019

Di bawah pula adalah kadar caruman PERKESO atau SOCSO bagi tahun 2018.

PERKESO juga ada menyediakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) iaitu program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim.

Melalui program ini, bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) akan diberikan iaitu sebanyak RM600 (maksimum 3 bulan).

Untuk info lanjut layari portal rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/