kemaskini bsh 2019

Kemaskini BSH 2019 & Semakan Status Pembayaran Bulan Mei & Ogos

Perhatian pemohon / penerima Bantuan Sara Hidup, kemaskini BSH 2019 akan ditutup pada 15 Mac nanti.

Proses kemaskini boleh dibuat secara online atau secara manual di kaunter-kaunter LHDN terdekat.

Semua pemohon WAJIB kemaskini permohonan BSH masing-masing kecuali kategori Bujang.

BSH kali ini mengutamakan keluarga dengan menyediakan dana tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad 4 orang sahaja).

Manakala bagi anak OKU tiada had umur dikenakan.

Ibu bapa tunggal dan warga emas (berkahwin / bujang) turut dapat merasai pemberian BSH tahun ini.

Pemohon kategori Bujang pula akan menerima RM100 penghujung Mac nanti.

Golongan OKU yang menerima Elaun Pekerja Cacat RM400 sebulan turut layak menerima BSH Bujang RM100.

Permohonan Bantuan Sara Hidup

Permohonan baru dan kemaskini BSH telah dibuka 1 Februari lalu hingga tarikh tutup 15 Mac ini.

Permohonan boleh dibuat secara online atau melalui borang Bantuan Sara Hidup yang disediakan seperti berikut:

Semua borang ini boleh diserahkan di kaunter-kaunter LHDNM, pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), pejabat SUK negeri atau di pejabat daerah berhampiran.

Antara dokumen yang diperlukan ketika mengisi borang Bantuan Sara Hidup:

Pemohon

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

Pasangan

  • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir

Anak

  • Salinan Sijil Lahir
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan JPN (bagi anak angkat)

Setiap pemohon MESTI mengisi maklumat telefon bimbit kerana nombor tersebut akan digunakan bagi tujuan Transaction Authorizatian Code (TAC).

Nombor TAC akan digunakan ketika pemohon log masuk MyBSH bagi membuat semakan, kemas kini permohonan, cetakan, paparan permohonan dan Peti Mel secara dalam talian.

Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan.

Kemaskini BSH 2019

Hanya pemohon kategori Bujang dan warga emas tidak perlu kemaskini permohonan BSH.

Selain kategori tersebut, anda wajib kemaskini permohonan masing-masing.

Antara maklumat yang diperlukan ketika proses kemaskini ialah:

  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Kegagalan mengemaskini akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses dan tidak layak menerima pemberian BSH fasa kedua dan ketiga pada Mei dan Ogos nanti.

Semakan Status Permohonan

Pembayaran BSH fasa kedua akan dibuat pada bulan Mei manakala fasa ketiga pada bulan Ogos nanti.

Anda boleh semak status permohonan sama ada di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau melalui applikasi Bantuan Sara Hidup.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 untuk semakan status permohonan.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.

  • 20.9K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.