kemaskini bsh 2019

Pendaftaran Permohonan & Kemaskini BSH 2019 Bermula 1 Februari

Ini info terbaru yang kami terima.

Pendaftaran permohonan dan kemaskini BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup) akan dibuka bermula 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac.

Pembayaran fasa pertama pula akan dibuat pada 28 Januari kepada penerima BSH tahun lepas.

Namun pembayaran fasa pertama hanya terhad kepada kategori berikut sahaja:

  • Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
  • Warga emas sebatang kara

Kepada pemohon yang sudah berkahwin (bukan warganegara) dan kategori bujang / ibu tunggal (tiada tanggungan) anda tidak layak menerima bantuan 28 Januari nanti.

Kepada pemohon yang tidak layak, anda WAJIB kemaskini BSH bermula 1 Februari nanti.

Kemaskini BSH 2019

Proses kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup boleh dibuat secara online di portal rasmi BSH.

Antara maklumat yang anda perlu dikemaskini ialah:

  • Status perkahwinan terkini termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel yang digunakan
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Dan untuk makluman, maklumat waris sangat penting terutama bila berlaku kematian.

Ini kerana skim Bantuan Sara Hidup memperuntukkan RM1,000 (skim Khairat Kematian) kepada waris penerima BSH dan boleh dituntut di mana-mana cawangan BSN seluruh Malaysia.

Untuk proses tuntutan skim khairat kematian, waris perlu membawa beberapa dokumen pengesahan seperti:

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Permohonan Baru

Bagi anda yang ingin memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini, berikut antara beberapa dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan baru yang akan dibuka bermula 1 Februari nanti.

  • Salinan IC suami dan isteri
  • Salinan sijil kahwin / nikah
  • Salinan sijil lahir anak di bawah umur 18 tahun (max 4 orang)
  • Salinan nombor akaun bank isteri

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2019

Antara syarat kelayakan bagi anda yang berminat untuk memohon BSH tahun ini ialah:

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Dan untuk makluman juga, terdapat beberapa faktor kenapa permohonan anda gagal. Antaranya:

  1. Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
  2. Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.
  3. Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).
  4. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.
  5. Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.
  6. Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
  7. Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
  8. Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.
  9. Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

Sebab itulah pentingnya pemohon kemaskini permohonan BSH anda tahun ini.

Link kemaskini BSH 2019 akan dimaklumkan kemudian.

Buat masa sekarang, sama-sama nantikan pembayaran fasa pertama berjumlah RM300 pada 28 Januari nanti.

Anda juga diminta untuk join Telegram Bantuan Sara Hidup 2019 untuk sebarang urusan / makluman rasmi tentang BSH.

  • 2.5K
    Shares

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.