Advertisements

Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022 Kini Dibuka

Advertisements

Kemasukan German Malaysian Institute (GMI) peringkat Diploma bagi ambilan Julai 2022 kini dibuka untuk permohonan kepada pelajar yang berminat.

Bagi yang belum maklum, GMI merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan pengajian berasaskan kejuruteraan yang ditubuhkan sejak 1991 lagi.

Antara kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh IPT ini adalah :

  • Tajaan MARA: Bantuan yuran pengajian dan duit poket sebanyak RM630 setiap bulan (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Diskaun pembayaran balik sehingga 85% (tertakluk kepada syarat dan kelayakan).
  • Kelengkapan pembelajaran praktikal.
  • Penginapan pelajar dan persekitaran.
  • Pembelajaran 70% praktikal dan 30% teori.
  • Peluang melanjutkan pengajian ke universiti dalam dan luar negara.
  • Kolaborasi bersama 14 pusat teknologi hasil.

Bagi pelajar terutamanya lepasan SPM 2021 yang berminat untuk memohon boleh menggunakan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021 yang lalu.

Program Ditawarkan

Program peringkat diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma In Engineering Technology (Electronics & Information Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Mechatronics)
  • Diploma In Engineering Technology (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma In Network Security
  • Diploma In Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma In Autotronics Engineering Technology
  • Diploma in Creative Multimedia
  • Diploma in Software Engineering

ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Diploma In Engineering Technology (CNC Precision Technology)
  • Diploma In Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Quality Management)
  • Diploma In Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma In Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma In Engineering Technology (Product Design & Manufacturing)

Baca juga: Program Technical Enrichment Energy Program (TEP) di INSTEP

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan yang ditetapkan kepada para pemohon adalah Lulus SPM (atau percubaan SPM) dan memperoleh lebih 3 kredit termasuk:

  • Matematik.
  • Sains/mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal.
  • Satu subjek lain.
  • Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Memohon Kemasukan GMI Peringkat Diploma Bagi Ambilan Julai 2022

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan GMI
  2. Daftar akaun
  3. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  4. Pilih program pengajian.
  5. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kemasukan peringkat Diploma di GMI, sila hubungi talian 03-8921 9164.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.