Advertisements

Jadual Penuh Liga Super Malaysia 2023

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan jadual penuh Liga Super Malaysia 2023.

Untuk makluman, Liga Malaysia pada tahun ini melibatkan enam trofi kejuaraan iaitu:

  • Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih)
  • Liga Super
  • Piala FA
  • Piala Malaysia
  • MFL Challenge Cup 
  • Piala MFL (Liga Simpanan B-23)

Untuk tahun 2023, Liga Super akan berlangsung dari 24 Februari hingga 17 Disember 2023.

Pasukan Mengambil Bahagian

Sebanyak 14 pasukan yang mengambil bahagian iaitu:

  • Johor Darul Ta’zim (JDT)
  • Terengganu FC, Sabah FC
  • Negeri Sembilan FC
  • Selangor FC
  • Kuala Lumpur City FC
  • Sri Pahang FC
  • Kedah Darul Aman FC
  • Penang FC
  • Kelantan FC
  • Kuching City FC
  • Kelantan United FC
  • PDRM FC
  • Perak FC

Waktu Sepak Mula

Waktu sepak mula bagi perlawanan liga ini adalah seperti berikut:

VENUEWAKTU (1) WAKTU (2) WAKTU (3) RAMADAN
Semenanjung 5:15pm/5:30pm8:15pm9:00pm10:00pm
Sabah dan Sarawak 4:30pm/4:45pm7:30pm8:15pm9:15pm

Langkah MFL untuk memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta memujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

Walau bagaimanapun, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL.

Jadual Penuh

Penjadualan Liga Malaysia termasuk Liga Super adalah mengambil kira perkara berikut:

  • Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Persiapan Pertandingan Pusingan Akhir Piala Asia 2023)
  • Pertandingan AFC Champions League 2023 dan Pertandingan AFC Cup 2023
  • Pusingan kelayakan pertandingan AFC B23
  • Pertandingan AFF B23
  • Sukan Asia 2023, Guangzhou (B23)
  • Kejohanan Sukan SEA 2023 (Cambodia)
  • Pertandingan Piala MFL (Liga Simpanan) 2023
  • Pertandingan Piala FA 2023
  • Pertandingan Piala Malaysia 2023
  • Pertandingan Challenge Cup 2023
  • Hari pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  • Tempoh rehat dan perjalanan pasukan.

Oleh itu, jadual penuh boleh dirujuk menerusi dokumen di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Liga Super 2023, sila layari laman web https://www.malaysianfootballleague.com/articles/perebutan-enam-kejuaraan-bakal-warnai-saingan-liga-malaysia-2023/?fbclid=IwAR3JZJxTu3vToMGtwPxau7oPX31EzuRuiwpk_i0MrH7bfdqcouHgA9H2kTo.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.