Advertisements

MBO Online: Lokasi Panggung Wayang & Cara Beli Tiket

MBO Online: Lokasi Panggung Wayang & Cara Beli Tiket

MBO merupakan antara pawagam yang terkenal di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika, syarikat hiburan dan pengedaran filem ini turut beralih menggunakan platform atas talian bagi pembelian tiket.

Kemudahan pembelian tiket secara atas talian ini akan dapat menjimatkan tenaga dan masa anda, di mana anda tidak perlu lagi bersusah payah beratur untuk membeli tiket, malah pembelian makanan di panggung juga sudah boleh dilakukan secara atas talian.

Bagi anda yang berminat atau bakal menonton wayang di MBO, mari kami kongsikan kepada anda cara membeli tiket secara atas talian. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi.

MBO Cinema Online

MBO Cinema Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai MBO, adalah rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia selepas Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas.

Untuk pengetahuan anda pawagam ini telah dibubarkan pada tahun 2020 disebabkan oleh pandemik COVID-19, namun pada tahun 2021, Golden Screen Cinemas (GSC) telah memperoleh aset majoriti pawagam ini.

Tetapi pada 19 Disember 2021, MBO telah dilancarkan semula dengan pelabur baharu dan di bawah pengurusan serba baharu dan setakat hari ini, ia hanya mengendalikan 9 cawangan di Semenanjung Malaysia sahaja.

cinema

Baca juga: TGV Online: Lokasi Panggung Wayang & Cara Beli Tiket Wayang

Cara Beli Tiket MBO Online

  1. Pergi ke laman rasmi MBO Cinema atau muat turun aplikas di bawah:
    1. Apple Store
    2. Google Store
  2. Daftar akaun sekiranya anda pengguna baru. Log masuk jika anda pengguna sedia ada.
  3. Pergi ke bahagian showtimes, dan pilih filem yang ingin ditonton.
  4. Pilih tarikh, masa dan lokasi pawagam berdekatan anda.
  5. Seterusnya pilihan jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
    • Adult Standard
    • Adult VIP
    • Child Standard
    • Child Vip
    • Adult Couple (P)
  6. Pilih tempat duduk dan klik continue.
  7. Seterusnya maklumat pengesahan akan tertera, sahkan maklumat tersebut dan klik Checkout
  8. Kemudian, anda perlu memasukkan butiran diri anda di halaman yang disediakan.
  9. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan, tick pada terma dan syarat dan tekan Pay Now.
  10. Lakukan proses pembayaran dan pembelian tiket di MBO anda telah berjaya.

Lokasi MBO

Tidak seperti GSC dan TGV yang mempunyai banyak cawangan, MBO hanya membuka beberapa pawagam sahaja di Malaysia.

Berikut merupakan senarai pawagam di bawah MBO yang berada di Malaysia:

  • Selangor
    1. Atria Shopping Gallery
    2. Quayside Mall
    3. Space U8
  • Kuala Lumpur
    1. Brem Mall
  • Melaka
    1. Elements Mall
    2. Melaka Mall
  • Perak
    1. Taiping Sentral Mall
    2. Teluk Intan
  • Johor
    1. U Mall Skudai (Johor)

Maklumat Lanjut

Untuk anda yang inginkan maklumat tambahan berkenaan MBO anda boleh terus ke laman rasmi mereka atau anda boleh hubungi mereka secara berikut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.