MyCPD merupakan satu sistem pembelajaran berterusan yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan pegawai mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka.
Bidang perubatan yang sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini, memerlukan para profesional kesihatan yang sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.
Oleh itu Program Continuing Profesional Development (CPD) ini memastikan pegawai perubatan di Malaysia sentiasa berada pada tahap yang terbaik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Apakah MyCPD KKM 2.0?
CPD merupakan satu program yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme
pegawai di dalam bidang masing-masing.
Pendekatan ini amat penting kerana bidang perubatan sentiasa berkembang dengan hasil penyelidikan dan penemuan terkini yang memerlukan para profesional kesihatan sentiasa mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.
Sistem MyCPD pula merupakan sebuah sistem yang dihasilkan bagi pemantauan CPD ini secara atas talian. Sistem ini membolehkan anggota kesihatan merekodkan aktiviti CPD mereka dalam buku log secara dalam talian.
Pembangunan Sistem myCPD (Online Monitoring of myCPD) Sistem myCPD telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2007 dan telah ditambahbaik sejak tahun 2017 dan boleh dicapai melalui :
Fungsi MyCPD
Sistem myCPD mempunyai pelbagai fungsi antaranya:
- Pendaftaran
- Merekodkan Aktiviti CPD
- Pemantauan oleh Penyelia
- Perancangan CPD aktiviti oleh CPD Provider
- Takwim Aktiviti CPD
- Laporan
- Pengurusan Pentadbiran Sistem myCPD
Kelebihan CPD
Mata Kredit CPD yang dikumpul dapat digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya :
- Bagi Pembaharuan Sijil Amalan Tahunan/Annual Practicing Certificate (APC)
- Memenuhi Keperluan Tujuh (7) Hari Latihan Setahun untuk Penjawat Awam
- Sebagai Pembaharuan Pendaftaran dalam National Specialist Register (NSR)
- Sebagai Key Performance Indicator (KPI)
- Digunakan sebagai salah satu input dalam penilaian bagi pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Cara Daftar
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar dengan sistem MyCPD KKM ini:
- Layari laman MyCPD
- Perhatikan kotak pada sebelah kiri dan atas di tab User
- Klik “Bahasa Melayu” sekiranya anda ingin menukar ke bahasa Melayu
- Klik pada tulisan “Daftar”
- Pilih kategori anda daripada 4 kategori yang disenaraikan:
- Daftar Pengguna (Sektor Awam)
- Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
- Daftar Provider (Sektor Awam)
- Daftar Provider (Sektor Swasta)
- Anda akan dibawa ke halaman “Borang Pendaftaran Pengguna Baru”
- Lengkapkan segala butiran yang diminta
- Klik butang Hantar
- Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar kepada anda sekiranya permohonan anda telah diterima oleh sistem myCPD KKM
Cara Login MyCPD 2.0
Cara login lebih kurang sahaja langkah-langkah ketika melakukan pendaftaran.
- Layari laman myCPD_2.0 KKM
- Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
- Pilih Bahasa yang anda inginkan (Bahasa Melayu/Inggeris)
- Masukkan ID Pengguna (Kad Pengenalan/No. Passport).
- Masukkan Kata laluan dan tekan log in.
- Tekan Masuk dan Selesai.
Untuk maklumat yang lebih jelas berkenaan cara pengendalian MyCPD ini boleh dilihat dalam manual pengguna dibawah:
Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang maklumat lanjut anda boleh mendapatkan maklumat tambahan di myCPD Helpdesk atau anda boleh hubungi KKM di alamat berikut:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
Ibu Pejabat KKM,
Bahagian Perkembangan Perubatan,
Blok E1, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya