Advertisements

MyPay Coin Conversion: Tukar Syiling Terus Ke Dalam Akaun Bank

Bagi yang minat menabung dan mempunyai duit syiling yang banyak, anda boleh menukar akaun syiling anda untuk dimasukkan terus ke dalam akaun bank menerusi MyPay Coin Conversion.

MyPay Coin Conversion adalah perkhidmatan yang disediakan oleh MyPay yang membolehkan orang ramai menukar duit syiling mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun bank dengan mudah dan cepat.

Orang ramai hanya perlu berkunjung dan membawa duit syiling terbabit di booth MyPay Coin Conversion untuk membuat penukaran tersebut.

Tiada caj tersembunyi dikenakan kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini.

Lokasi Booth

Setakat ini, hanya ada 2 booth yang menawarkan perkhidmatan penukaran duit syiling ini iaitu:

  • Berjaya Times Square- LG, Berjaya Times Square
  • Subang Parade- Aras G, Pintu Utama Subang Parade

Cara Menukar Duit Syiling

Untuk menukar duit syiling ini, orang ramai perlu mengikuti langkah-langkah ini:

  1. Log masuk akaun MyPay anda dengan menggunakan aplikasi yang dimuat turun daripada Apple Store atau Google Play Store.
  2. Klik ‘Tambah Syiling’ di belah kanan atas skrin.
  3. Klik ‘Pilih Lokasi’, kemudian ‘Imbas QR.’
  4. Kunjungi booth di lokasi yang telah dipilih dan berikan wang syiling yang ingin ditukar kepada krew MyPay.
  5. Gunakan MyPay untuk imbas kod QR yang dipamerkan oleh krew MyPay.
  6. Isikan maklumat akaun bank anda dan pengesahan maklumat untuk dikreditkan ke dalam akaun bank anda.
  7. Transaksi berjaya dan notifikasi akan dihantar setelah wang dikreditkan ke dalam akaun bank.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari https://mypay.com.my/coinconversion.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.