Advertisements

MyProton: Aplikasi Memudahkan Hidup Pengguna Proton

PROTON merupakan jenama kenderaan terkenal di Malaysia, dan sejak beberapa tahun yang lepas PROTON telah menyediakan perkhidmatan baru iaitu MyProton yang merupakan perkhidmatan secara atas talian, yang dihasilkan bagi memudahkan pengguna kenderaan mereka.

Untuk mengetahui bagaimana cara penggunaan aplikasi MyProton ini teruskan membaca artikel ini.

Apa itu MyProton?

MyProton merupakan aplikasi mudah alih yang dihasilkan oleh PROTON bagi memudahkan pelanggan mereka untu membuat temu janji bagi penyelenggaraan kenderaan mereka, membantu dalam membuat pengiraan pinjaman, mendapatkan katelog PROTON atau untuk mereka memandu uji kereta Proton.

Penyediaan aplikasi ini sejalan dengan kecanggihan teknologi yang membantu dalam menyediakan kemudahan mendapatkan maklumat untuk pelanggan PROTON di hujung jari mereka.

Cara Mendaftar

Untuk mendapatkan aplikasi MyProton ini adalah sangat mudah anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini mengikut kesesuaian peranti anda:

Dan seterusnya lakukan perkara berikut bagi pembukaan akaun:

  • Tekan butang Sign Up
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Tick ( / ) pada kotak “agree with terms and agreement
  • Tekan butang Sign Up

Setelah itu mereka akan menghantar emel pengesahan ke alamat emel yang telah anda tetapkan. Tekan butang VERIFY bagi mengaktifkan akaun anda.

Fungsi Aplikasi MyProton

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, aplikasi MyProton ini dihasilkan bagi memudahkan urusan pelanggan mereka.

Jadi tidak hairanlah jika aplikasi MyProton ini mempunyai banyak fungsi dan kemudahan seperti perkara-perkara berikut:

  • Temujanji untuk memandu uji kereta Proton
  • Temujanji penyelenggaraan kenderaan
  • Sambungan ke panggilan Mobile Assist bagi mendapatkan sebarang bantuan
  • Maklumat mengenai semua model Proton
  • Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa
  • Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan
  • Katelog alat ganti
  • Kalkulator pengiraan pinjaman

Cara Buat Temujanji Penyelenggaraan Proton

Seperti yang dinyatakan dalam bahagian fungsi MyProton, anda boleh membuat temujanji penyelenggaraan kenderaan anda menggunakan aplikasi ini.

Anda boleh membuat temujanji tersebut dengan mengikut langkah yang dinyatakan dalam infografik yang disediakan oleh pihak PROTON di bawah:

Temujanji MyProton

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi MyProton, lawati laman sesawang rasmi PROTON

Baca Juga:

Kad Petrol Shell: Kelebihan dan Cara Mendapatkannya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.