Advertisements

CIMB OctoSavers: Cara Pembukaan Akaun dan Syarat-syaratnya

Bagi anda yang ingin membuka akaun bersama CIMB Bank, di sini akan kami ajarkan cara untuk anda mendaftar dengan Akaun Simpanan CIMB Octosavers secara atas talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang akaun simpanan-i Octosavers dan cara pembukaan akaun teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Pengenalan Octosavers CIMB

Akaun Simpanan-I Octosavers merupakan akaun simpanan Islam sepenuhnya yang menawarkan ganjaran dan faedah lain serta menikmati pengecualian yuran tahunan Octodebit Mastercard.

Dibawah merupakan senarai kelebihan CIMB Octosavers berbanding akaun simpanan yang lain:

  • Sehingga 3.0% kadar keuntungan tahunan untuk setiap baki melebihi RM3000
  • Sepenuhnya atas talian.
  • CIMB Click – Aplikasi bank atas talian untuk transaksi, dan aktiviti kewangan yang lain.
  • Penghantaran Kad Debit ke rumah anda
  • Tiada bayaran tahunan bagi Octa Debit Mastercard
  • Tawaran dan keistimewaan eksklusif sewaktu anda membeli belah
  • Tawaran dan keistimewaan eksklusif sewaktu anda membuat tempahan tiket kapal terbang dan hotel
  • Faedah gaji.
  • Peroleh ganjaran dengan mengumpul CIMB Bonus Poit dan OctoPoints
CIMB Octosavers

Syarat Kelayakan Pembukaan Akaun Octosavers CIMB

Sebelum anda membuka akaun baharu bersama CIMB Octosavers, pastikan anda telah memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:

  • Individu berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad sahaja
  • Akaun bersama, amanah kecil dan kecil tidak dibenarkan
  • Mempunyai nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar dan alamat e-mel yang sah
  • Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun OctoSavers-i sahaja
  • TIDAK boleh mempunyai sebarang Akaun Semasa dan/atau Simpanan Asas/-i dengan CIMB.

Nota: Untuk pelanggan Asas dan/atau Akaun Simpanan/-i, anda boleh memohon untuk Akaun Simpanan lain yang tersedia dalam CIMB Clicks.

Cara Buka Akaun Simpanan-I CIMB Online

Untuk Pengguna Baru:

  1. Download aplikasi CIMB Apply di mengikut kesesuaian peranti anda:
  2. Klik pada “Open New Account” dan isikan maklumat anda
  3. Kemudian imbas Kad Pengenalan dan Pengesahan Wajah bagi mengesahkan identiti anda
  4. Seterusnya isi e-form yang disediakan
  5. Dan pindahkan amaun minima RM20 ke akaun anda
  6. Langkah terakhir adalah dengan mendaftar CIMB Click.

Untuk Pengguna Sedia Ada:

  1. Log masuk ke laman web CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.my
  2. Kemudian klik pada “Apply & Invest” > “Saving Account” dan klik butang Apply
  3. Sila sahkan penyata FATCA dan PEP anda
  4. Seterusnya isi e-form untuk pembukaan akaun
  5. Mohon TAC dan sms akan dihantar ke telefon anda bagi pengesahan transaksi
CIMB Octosavers

Cara Untuk Mengaktifkan Octo Debit Mastercard

Bagi pemilik akaun CIMB Octosavers yang telah mendapatkan kad debit mereka, anda perlu mengaktifkan kad debit tersebut dengan kaedah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi CIMB Click (Bagi pengguna baru sila daftar aplikasi CIMB Click dahulu).
  2. Paparan pop-up akan muncul dan klik “Yes, activate now“. Jika tiada, pergi ke “My Account>Current/Saving” dan klik “Activate Card
  3. Kemudian masukkan 16 digit nombor yang tertera pada kad Octo Debit anda
  4. Cipta 6 digit PIN kad bank
  5. Kemudian mohon kod TAC dan masukkan ke dalam ruangan yang disediakan

Nota: Kad sudah boleh digunakan untuk pengeluaran tunai dan pembayaran selepas pengaktifan Kad Debit selesai.

octodebit

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai cara untuk membuka akaun simpanan CIMB secara online, anda boleh melayari laman web rasmi CIMB.

Baca juga: MyProton: Aplikasi Memudahkan Hidup Pengguna Proton

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.