Advertisements

Cara Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos

Advertisements

Tahukah anda sebenarnya anda boleh renew lesen memandu di Pejabat Pos seluruh Malaysia? Sejak dari tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia telah mula beroperasi.

Walaupun urusan pembaharuan lesen memandu sekarang sudah boleh dibuat secara talian, namun masih ramai lagi yang lebih gemar berurusan secara manual terus di kaunter.

Baca juga: SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik SPR

Jadi di sini kami ingin kongsikan kepada anda cara dan documen apa yang perlu disediakan semasa urusan pembaharuan lesen memandu nanti.

SENARAI JENIS LESEN MEMANDU YANG BOLEH DIPERBAHARUI DI PEJABAT POS

Lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.

Manakala hanya lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

SEMAKAN SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist)

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK RENEW LESEN DI PEJABAT POS

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)

SEMAKAN HARGA BAYARAN/CAJ RENEW LESEN DI PEJABAT POS

  • Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
  • Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
  • Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
  • Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
  • Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.

Nota: Anda akan dicaj sebanyak Rm2.00 sebagai servis perkhidmatan di Pejabat Pos.

Sumber: Pejabat Pos Malaysia

Baca juga: KISS Selangor: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu Tunggal B40

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements