Advertisements

MyJPJ: Cara Pendaftaran & Semakan Road Tax Digital

Kerajaan telah mengumumkan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian menerusi aplikasi MyJPJ, yang telah dilaksanakan mulai hari ini, 10 Februari 2023.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan fungsi dan cara pendaftaran MyJPJ menggunakan ID Awam MySikap, teruskan pembacaan anda.

Apa itu MyJPJ?

Aplikasi MyJPJ ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat, yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Melalui aplikasi ini, Pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ dan sudah tidak perlu membawa lesen fizikal mereka bersama

Selain itu, dengan kewujudan portal ini, pemilik kenderaan tidak perlu menampal pelekat lesen kenderaan motor (Roadtax) di kereta mereka, kerana semuanya boleh dilihat melalui aplikasi ini.

Cara Pendaftaran

Terdapat beberapa cara pendaftaran aplikasi ini. Pengguna boleh mendaftar secara atas talian menggunakan ID Awam MySikap iaitu melalui portal awam JPJ atau terus melalui aplikasi MyJPJ.

Pengguna juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak JPJ.

Namun begitu, orang awam digalakkan mendaftarkan akaun mereka secara digital melalui portal awam JPJ di pautan https://public.jpj.gov.my/ ataupun melalui aplikasi bagi memudahkan urusan.

Berikut dikongsikan cara pendaftaran MyJPJ Menggunakan ID Awam MySikap bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ.

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan Platform Digital JPJ
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ di peranti pilihan anda
  3. Log masuk ke aplikasi tersebut menggunakan ID MySikap yang telah ditetapkan.
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore
  2. Apple App Store

Di bawah merupakan langkah-langkah pendaftaran ID MySikap menerusi Aplikasi MyJPJ:

  1. Tekan ‘Daftar Akaun Baharu
MyJPJ

2. Isikan No. Kad Pengenalan atau MyPR/MyKAS bagi pemastautin tetap

daftar akaun JPJ

3. Isikan maklumat yang diminta.

daftar akaun JPJ

4. Isikan jawapan bagi soalan keselamatan

daftar akaun JPJ

5. Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan

MyJPJ

6. Tetapkan kata laluan. Selesai.

daftar akaun JPJ

Perkhidmatan yang disediakan MyJPJ

Setelah berjaya mendaftar masuk ke dalam Aplikasi ini, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai perkara. Antaranya adalah:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam
  8. Pembaharuan Lesen Memandu
  9. Pembaharuan Cukai Jalan
MyJPJ

Cara Semak Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan di MyJPJ

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu ‘Semakan Lesen Memandu‘, dan paparan di bawah akan muncul.

MyJPJ

Manakala jika ingin menyemak lesen kenderaan, anda perlu menekan ‘Semakan Lesen Kenderaan‘ di Bahagian Utama dan paparan di bawah akan muncul.

MyJPJ

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui aplikasi ini:

MyJPJ

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat tambahan boleh diperoleh melalui Facebook Ministry Of Transport Malaysia dan juga terus melalui aplikasi MyJPJ.

Untuk merealisasikan inisiatif pendigitalan ini, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.

Dengan adanya aplikasi MyJPJ di hujung jari, pengguna dapat menyemak butiran semasa dan membuat paparan LKM Digital dan LMM Digital apabila keadaan memerlukan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.