Pelan Pascabayar (Postpaid) Rahmah, telah diwujudkan dengan kerjasama syarikat syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat dengan 16 penyedia p-hailing di Malaysia.
Pelan pascabayar serendah RM33/Sebulan dengan/atau pelan data sebanyak 40gb akan diberikan kepada pengguna pelan pascabayar jenis ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan pascabayar ini dan bagaimana untuk mendapatkannya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu P-Hailing Rahmah?
Pakej P-Hailing RAHMAH adalah tawaran istimewa Pelan Pascabayar (Postpaid) khusus untuk semua pemandu & penunggang P-Hailing berwarganegara Malaysia.
Pakej ini adalah hasil kerjasama strategik di antara syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat iaitu:
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- TM Tech (Unifi Mobile)
- YTL Communications (Yes 5G)
Dengan 16 penyedia platform P-Hailing di Malaysia bertujuan bagi menghargai jasa para pemandu dan penunggang P-Hailing.
P-Hailing Terlibat
Berikut merupakan 16 platfor P-Hailing yang terlibat dengan bantuan P-Hailing Rahmah ini:
Syarat Langganan P-Hailing Rahmah
Untuk pengetahuan anda, pelan pascabayar ini terbuka kepada semua pemandu yang bekerja di bawah syarikat penyedia p-hailing di atas.
Namun begitu, pemandu tersebut haruslah merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Syarat-syarat langganan lain, adalah tertakluk kepada terma dan syarat telco pilihan anda.
Pakej Pascabayar Yang Ditawarkan
Pakej pascabayar yang bakal ditawarkan bagi pelan pascabayar P-Hailing Rahmah ini adalah bergantung kepada syarikat penyediaan telco tersebut.
Namun begitu, apa yang pasti, melalui pakej ini, pemandu p-hailing yang melanggan pelan ini, boleh menikmati faedah dan kemudahan-kemudahan berikut:
- Pemandu dan penunggang P-Hailing boleh menikmati perkhidmatan internet “pada harga serendah RM33 dengan/atau pelan data sekurang-kurangnya 40GB”.
- Pakej ini tidak mempunyai kontrak terikat dan pengguna boleh membatalkannya pada bila-bila masa dengan penalti minimum untuk pelan simkad sahaja
- Pelanggan boleh menggunakan nombor yang sama
Tempoh Tawaran
Bagi anda yang berminat untuk melanggan pakej P-Hailing Rahmah ini, anda boleh mendapatkan pakej tersebut bermula 23 Januari 2024 sehingga 23 April 2024 sahaja.
Jadi pastikan anda tidak terlepas daripada mendapatkan pakej ini pada tarikh yang telah ditetapkan.
Cara Melanggan P-Hailing Rahmah
Untuk melakukan langganan pakej P-Hailing Rahmah, anda boleh terus ke laman rasmi syarikat penyedian telco terlibat di pautan di bawah:
Atau anda boleh terus ke kiosk atau cawangan perkhidmatan syarikat telco pilihan anda, untuk melakukan langganan. Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan dan ID Pekerja anda.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang inginkan maklumat tambahan anda boleh mendapatkannya melalui syarikat telco terlibat atau anda boleh baca FAQ yang disediakan di bawah: