Advertisements

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah: Cara Penulisan dan Contohnya

Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang masih bersekolah, anda perlu memastikan anda tahu salah satu tindakan yang paling penting yang perlu di ambil apabila anak anda tidak dapat hadir ke sekolah, iaitu penulisan, surat tidak hadir.

Hal ini, bagi memastikan, guru dan pihak sekolah jelas atas sebab ketidakhadiran, yang seterusnya membantu dalam memastikan rekod kehadiran anak anda atau rekod disiplin mereka tidak terjejas disebabkan ketidakhadiran ke sekolah.

Penulisan Surat Tidak Hadir

Format penulisan bagi surat tidak hadir adalah format rasmi, kerana ia merupakan hitam putih di antara pihak ibubapa/penjaga dengan pihak sekolah.

Oleh itu perkara seperti alamat anda, alamat sekolah (penerima), tarikh, tajuk (Cth: PER: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH PADA [TARIKH]) dan tandatangan ibubapa/penjaga adalah perkara wajib yang perlu ada dalam surat tersebut.

Selain itu anda juga perlu memastikan perkara di bawah turut tersedia dalam surat tersebut:

  • Perenggan Pengenalan
    • Nama Anda
    • Nama anak anda
    • Tujuan Penulisan Surat
    • Tarikh Anak anda tidak hadir ke sekolah
  • Perenggan Kedua
    • Sebab ketidakhadiran
  • Perenggan Akhir
    • Permohonan Maaf
    • Nyatakan dokumen iringan yang diselitkan (jika ada)

Dengan adanya perkara-perkara ini surat tidak hadir tersebut akan menjadi lengkap, memudahkan pemahaman guru dan pihak yang berkaitan.

Dibawah merupakan contoh penulisan surat tidak hadir mengikut tips penulisan yang diberikan:

(Nama Ibubapa/Penjaga)
No 70, Jalan Dato Senu 1,
Taman Dato Senu,
51000 Sentul, Kuala Lumpur


(Nama Guru Kelas)
Guru Tingkatan 3 Amanah,
Sekolah Bandar Baru, Sentul
51000 Bandar Baru, Kuala Lumpur. TARIKH

Tuan / Puan

PER: SEBAB KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH PADA 21 MEI 2023

Merujuk kepada perkara di atas, saya [NAMA IBUBAPA/PENJAGA] ingin memaklumkan sebab anak saya [NAMA ANAK] daripada kelas [NAMA KELAS] tidak dapat hadir ke sekolah pada 21 Mei 2023.

2. Ini kerana keluarga kami perlu menghadiri majlis pengebumian bapa saya yang baru sahaja meninggal dunia di Lenggong, Perak pada tarikh tersebut.

3. Dengan itu, saya ingin memohon maaf atas ketidakhadiran anak saya pada tarikh tersebut dan bersama surat ini juga saya sertakan bersama-sama sijil kematian bapa saya.

Kerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

________________

Contoh-Contoh Surat Tidak Hadir

Dibawah merupakan antara jenis-jenis surat tidak hadir yang boleh anda ikuti cara penulisannya:

Surat Cuti Sakit

Sakit merupakan salah satu punca utama kenapa pelajar tidak hadir ke sekolah, dan perkara utama yang perlu ibu bapa atau penjaga lakukan apabila pelajar sakit dan terpaksa cuti, adalah dengan pergi ke klinik sama ada klinik swasta atau klinik kerajaan.

Hal ini amat penting untuk kesihatan pelajar, dan dalam masa yang sama jika pelajar benar-benar sakit dan memerlukan cuti, doktor akan memberikan Sijil Cuti Sakit atau “Medical Certificate (MC)” kepada pesakit.

Dibawah merupakan antara contoh penulisan surat cuti sakit yang baik, di mana ia mempunyai nama pelajar, kelas pelajar, tarikh bercuti dan sebab yang jelas.

Ibu bapa juga perlu mengepilkan sekali MC yang diperoleh bersama surat tidak hadir seperti contoh di bawah:

surat tidak hadir
Sumber: Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah- Scribd

Surat Tidak Hadir Atas Urusan Keluarga

Selain sakit, pelajar juga mungkin tidak dapat hadir atas urusan keluarga, sebagai contoh di sebabkan kenduri kahwin, melawat saudara di hospital atau pulang ke kampung atas alasan tertentu.

Perbuatan ini tidak digalakkan jika tiada alasan yang kukuh dan munasabah, namun begitu jika pelajar perlu terlibat dengan urusan berikut, ibu bapa atau penjaga boleh menulis surat tidak hadir seperti di bawah:

Nota: Jika ia melibatkan kematian, ibu bapa atau penjaga boleh mengepilkan sekali sijil kematian bersama surat tersebut

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.