Cat Jotun: Katalog dan Kod Warna Popular 2023
Cat Jotun merupakan antara jenama cat popular di Malaysia dan melalui artikel ini, kami akan terangkan serba sedikit berkenaan jenama ini. Kami juga akan akan cara memilih cat rumah anda dan menyenaraikan kod dan warna popular bagi tahun 2023 ini.
Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk mengubah warna cat rumah anda namun masih tidak tahu ingin mengubah kepada warna apa, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mendapatkan inspirasi bagi ubahsuai rumah kediaman anda.
Jotun
Pada asalnya, Jotun merupakan syarikat milik usahawan perniagaan Norway; Odd Gleditsch Sen.,yang ditubuhkan pada 1926 dengan ibu pejabatnya terletak di Sandefjord, Norway.
Jotun mengeluarkan produk seperti cat dan varnis atas tujuan marin dan perindustrian, resin sintetik, penutup lantai, busa poliuretana, salutan tugas berat, pengikat, poliester tak tepu, paip poliester bertetulang gentian kaca, tangki dan banyak lagi.
Pada tahun 1971, Jotun telah bergabung dengan tiga pengeluar cat lain dan menjadi bukan sahaja pengeluar cat terbesar Norway tetapi juga salah satu syarikat terbesar di Norway.
Sehingga Januari 2021, syarikat itu mempunyai kehadiran di lebih 100 negara di seluruh dunia, dengan lebih 10,300 pekerja, 67 syarikat di 45 negara, dan 40 kilang pengeluaran di 21 negara.
Tips & Cara Memilih Cat Rumah Jotun
Pemilihan cat yang bersesuaian dengan keadaan rumah anda sangat penting, kerana warna cat memainkan peranan dalam memperlihatkan rumah anda berada dalam keadaan selesa dan tenang.
Dibawah merupakan perkara yang anda perlu tahu sebelum anda membeli cat untuk rumah anda:
- Kualiti cat
- Pilih cat yang tahan lama dan tidak mudah pudar warnanya.
- Jenis permukaan
- Pastikan anda tahu sama ada cat yang anda akan beli bersesuaian atau tidak dengan permukaan kawasan yang ingin di cat.
- Kawasan luar rumah terdedah kepada pelbagai jenis suhu, kelembapan, cahaya matahari dan sebagainya oleh itu ia memerlukan cat yang lebih lembut dan fleksibel
- Kawasan dalam rumah memerlukan resin yang lebih kukuh, jadi ia lebih tahan bila bergeser dengan perabot-perabot lain.
- Warna cat
- Pilih warna yang sepadan dengan tema, hiasan atau suasana di dalam rumah yang ingin anda cipta.
- Pilih cat yang mesra alam dan tidak mengandungi bahan kimia atau toksik yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.
- Kegunaan
- Pilih cat rumah yang mudah digunakan, tidak menyebabkan masalah semasa aplikasi, mudah kering dan tidak meninggalkan kesan mengikut kesesuaian kawasan.
Kod Warna Popular
Dibawah merupakan antara warna popular yang menjadi pilihan ramai dalam pengguna cat Jotun ini:
- 1779 SIENNA ORANGE
- 1456 BLONDE AMBITION
- 2456 MAPLE SALMON
- 2602 BUTTERFLY
- 3328 ROYALE BELLY
- 3203 TOMATO
- 10429 DISCRETE
- 1877 PEBBLESTONE
- 2846 WINERY
- 1361 COCOA ROOT
- 4497 AMETHYNE
- 1016 ANTIQUE WHITE
- 2604 CORAL DUNE
- 2185 ORIENTAL RED
- 4202 PARROT BLUE
- 4164 BLUE LAGOON
- 5281 EXUDE HONEY
- 5279 DAZE BAYOU
- 6032 IMPERIAL JADE
- 7418 MOSLEY
- 8331 ALDA
- 1628 TANGERINE BLAST
- 1105 SOYA MILK
- 0567 DAZZLE LIGHT
- 0566 IVORY WHITE
- 1038 SMOOTH IVORY
- 1154 OLD CREAM
- 1966 TEAL BEIGE
- 1155 BUTTERY CREAM
- 8054 SUNNY SPOT
- 1574 OLD LACE
- 1108 LOTUS ROOT
- 1075 NAVAJO WHITE
- 1998 SPRING CHAMPAGNE
- 10394 PURE YELLOW
- 1153 QUICK SAND
- 1158 YELLOW RIVER
- 10406 GOLDEN LILY
- 1188 UNICORN
- 1177 NOBILE
- 1246 CHATEAU
- 1132 SAHARA SAND
- 1133 MITO
- 10012 MARS DUST
- 1187 TRIBAL
- 2206 YELLOW STONE
*Nota: ntuk membeli mana-mana cat di atas, pergi sahaja ke kedai hardware yang menjual cat Jotun dan nyatakan kod nombor warna yang tertera di atas untuk membmbeli cat pilihan anda.
Katalog Cat Jotun
Dibawah merupakan katalog Cat Jotun bagi tahun 2023: