Advertisements

40 Koleksi Teka-Teki Lawak Bodoh Tapi Logik

Teka-teki ialah pernyataan, soalan atau frasa yang mempunyai makna tersirat atau tersurat, yang dikemukakan sebagai teka-teki untuk diselesaikan oleh si pendengar, dalam hal ini mungkin ahli keluarga, kekasih atau sahabat anda.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “teka-teki” membawa maksud; soalan yg dikemukakan secara samar-samar dan rumit yg jawabannya harus diduga, atau merupakan sesuatu per­kara yg susah atau sulit diselesaikan

Berikut merupakan antara soalan teka-teki yang lawak dan menarik anda boleh kongsikan bersama keluarga dan sahabat anda bagi memenuhi masa lapang anda.

Jawapan: 1. Paku 2. Gergaji.

Jenis Soalan

Dibawah merupakan dua jenis teka-teki yang selalu disoal:

  1. Enigma : merupakan masalah yang umumnya dinyatakan dalam bahasa kiasan atau metafora yang memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk menyelesaikannya.
  2. Conundrum : merupakan pertanyaan yang bergantung kepada kesannya terhadap watak dalam soalan atau jawapannya.
Teka teki dbp
Jawapan: 1. Pokok pisang; 2. Buah Betik (Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia)

Koleksi Teka-Teki

Dibawah merupakan koleksi teka-teki yang anda boleh kongsikan bersama keluarga dan sahabat handai.

Soalan 1 : 

Anak apa yang sentiasa dipijak-pijak?

Jawapan: Anak Tangga

Soalan 2 : 

Spaghetti pregnant jadi apa?
Jawapan: Prego.

Soalan 3 : 

Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip

Soalan 4 : 

Binatang apa sejak kecil memang tua?
Jawapan: Burung Kakak Tua

Soalan 5 : 

Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).

Soalan 6 : 

Donut dengan karipap berkawan baik. Satu hari dorang gaduh. Karipap menangis teruk sebab sedih, tapi donut tak. Kenapa?
Jawapan: Sebab donut tiada filling

Soalan7 : 

Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.

Soalan 8 : 

Benda apa yang kita tengok kejap putih kejap hitam?
Jawapan: Penguin jatuh tergoleh.

Soalan 9 : 

4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 10:

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).

Soalan 11: 

Dua tiga teka teki, air apa paling berani??
Jawapan: Air Terjun

Soalan 12 : 

Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba.

Soalan 13: 

Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.

Soalan 14 : 

Sotong jika dibelah dua jadi apa?
Jawapan: Sotongah.

Soalan 15 : 

Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.

Soalan 16 : 

Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan: Bunga tayar.

Soalan 17 : 

Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).?

Soalan 18 :

 Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Tumpah la.

Soalan 19 : 

Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat.

Soalan 20 :

Kenapa siput babi jalan lambat?
Jawapan: Sebab dia sibuk fikir dia siput atau babi

Soalan 21: 

Kotak apa yang tak boleh buka?
Jawapan: Kotak penalti.

Soalan 22:

Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur

Soalan 23

Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

Soalan 24

Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.

Soalan 25 : 

Kenapa anak babi jalan tunduk?
Jawapan: Sebab dia malu mak dia babi.

Soalan 26: 

Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.

Soalan 27:

Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
Jawapan: Nombor 2.

Soalan 28 :

 Tempat apakah yang paling kecil?
Jawapan: Setapak

Soalan 29 : 

Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis

Soalan 30 : 

Coklat apa tak boleh lari?
Jawapan: Toblerone (Tak boleh run…)

Soalan 31 : 

Pensil dengan bateri siapa lagi pandai?
Jawapan: Bateri. Sebab bateri 3A, pensil 2B

Soalan 32 : 

Kacang kalau balik kerja dia cakap apa?
Jawapan: Peanut lahh..

Soalan 33 : 

Kenapa ginjal manusia ada dua?
Jawapan: Sebab kalau satu namanya ganjil.

Soalan 34 : 

Apa persamaan baju dengan telefon?
Jawapan: Bila ‘kring’ perlu diangkat.

Soalan 35 : 

Kenapa keyboard selalu stress?
Jawapan: Sebab dia selalu ditekan.

Soalan 36 : 

Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas?
Jawapan: Tukang Gali Kubur.

Soalan 37 : 

Macam mana nak tahu kereta Elon Musk power atau tak?
Jawapan: Tesla..

Soalan 38 : 

Dalam banyak-banyak baju, baju apa yang selalu berfikir?
Jawapan: Baju Kemeja. Sebab dia selalu fikir sama ada dia baju ke meja.

Soalan 39 : 

Kenapa biri biri jalan lambat??
Jawapan: Sebab kalau jalan cepat jadi buru-buru.

Soalan 40 : 

Negara apa paling sejuk?
Jawapan: Qatar. Sebab terqatar-qatar.

Teka-teki
Sumber: TekaTekiTular

Baca juga: e-Tunai Belia Rahmah : Syarat & Cara Pendaftaran

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.