Tiktok Shop merupakan antara inisiatif TikTok dalam menyokong perniagaan tempatan dan menyediakan platform yang menghimpunkan penjual, pembeli dan pencipta dalam talian di bawah satu bumbung.
Inisiatif ini diambil bagi memanfaatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih belum mampu untuk menubuhkan kedai fizikal untuk menjual produk mereka kerana kos pelaburan permulaan yang sangat tinggi.
Oleh itu, disini akan kami terangkan kepada ada secara keseluruhan berkenaan apa itu Tiktok Shop dan bagaimana anda boleh mendaftarkan perniagaan anda bersama Tiktok.
Apa itu Tiktok Shop?
Tiktok merupakan aplikasi sosial media yang sangat popular saat ini, hingga awal tahun 2022, statistik pengguna TikTok yang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia telah mencapai 14.59 juta orang pengguna di mana sebanyak 48.23% populasi pengguna media sosial merupakan pengguna aplikasi TikTok.
Aplikasi ini telah meluaskan sayapnya dengan mewujudkan platform e-dagang pada tahun 2021 dengan nama Tiktok Shop, bagi membantu peniaga-peniaga tempatan dan peniaga kecil untuk menjual produk mereka tanpa memerlukan kos permulaan yang tinggi.
Dengan menggunakan aplikasi ini, penjual boleh mempromosikan produk mereka hanya dengan menyiarkan video pendek, atau melakukan siaran langsung. Mereka juga akan mempunyai halaman di mana mereka boleh mempamerkan produk mereka di situ.
Kelebihan Untuk Peniaga / Pengguna
Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:
- Subsidi Penghantaran Percuma
- 0% Yuran Komisen
- Produk Subsidi Langsung
- Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
- Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
- Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop
Syarat Kelayakan
Seperti Shopee dan Lazada, untuk menyertai Tiktok Shop, anda juga perlu memenuhi syarat kelayakan dibawah:
- Penjual Individu
- Merupakan rakyat Malaysia
- Pemohon mestilah telah mencapai umur minimum kapasiti kontrak mengikut undang-undang pasaran destinasi.
- Pemohon yang sedang dalam siasatan penguatkuasaan oleh perdagangan atau pihak berkuasa perlindungan pengguna dilarang mendaftar sebagai penjual di TikTok Shop.
- Pemohon yang menjadi subjek tindakan penguatkuasaan boleh digantung sehingga penyelesaian siasatan memihak kepada pemohon atau sehingga sekatan yang dikenakan ke atas pemohon tamat.
- Penjual Korporat
- Hanya syarikat yang berdaftar di Malaysia sahaja yang boleh mendaftar.
- Skop perniagaan dan tempoh sah operasi pemohon mesti sepadan dengan maklumat yang terkandung dalam mana-mana lesen atau sijil perniagaan yang diserahkan, jika berkenaan.
- Semua lesen dan sijil perniagaan mestilah sahih dan diiktiraf oleh negara tempat pemohon berada.
- Pemohon yang sedang dalam siasatan penguatkuasaan oleh perdagangan atau pihak berkuasa perlindungan pengguna dilarang mendaftar sebagai penjual di TikTok Shop.
- Pemohon yang menjadi subjek tindakan penguatkuasaan boleh digantung sehingga penyelesaian siasatan memihak kepada pemohon atau sehingga sekatan yang dikenakan ke atas pemohon tamat.
Cara Daftar TikTok Shop
Bagi anda yang berminat untuk mendaftar dan mengembangkan perniagaan anda, berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar dengan aplikasi ini.
- Buka pautan berikut https://seller-my.tiktok.com/account/login dan daftar akaun Penjual.
- Isikan nombor telefon dan alamat e-mel anda
- Masukkan maklumat perniagaan anda, alamat perniagaan, dokumen pengesahan syarikat atau kad pengenalan, serta akaun pembayaran.
- Selepas diluluskan, anda boleh mengurus kedai anda. Sambungkan (Link) akaun TikTok anda ke dalam kedai anda dan mulakan proses untuk menjual produk!
*Nota: Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran masuk semasa pendaftaran dan Tiktok akan menyemak permohonan anda dan mungkin meminta dokumen tambahan untuk semakan pusingan kedua sebelum keputusan semakan boleh dikembalikan semula kepada anda.
*Nota: Biasanya, semakan pendaftaran memerlukan masa 2-3 hari bekerja selepas anda menghantar permohonan. Jika status belum selesai untuk masa yang lama, sila muat semula halaman. Jika permohonan anda ditolak, Tiktok akan menghantar sebab ditolak melalui e-mel.
Dokumen Yang Diperlukan
Dibawah merupakan dokumen yang perlu anda sediakan sewaktu melakukan pendaftaran dengan Tiktok Shop:
- Penjual Individu:
- Salinan kad pengenalan/ passport.
- Penjual korporat:
- Salinan kad pengenalan/ passport.
- Dokumen sijil syarikat.
- Dokumen pengenalan untuk wakil sah, pengarah syarikat atau orang yang mempunyai kuasa kawalan penting
*Nota: pastikan semua dokumen yang diperlukan telah disahkan oleh pihak kerajaan.
Produk Terlarang Tiktok Shop
Berikut merupakan barangan yang tidak boleh dijual sama sekali di Tiktok Shop
- Senjata Api, Peluru dan Senjata
- Barangan Berbahaya
- Bahagian Tubuh dan Mayat Manusia
- Haiwan dan Produk Berkaitan Haiwan
- Hidupan Liar dan Tumbuhan yang Dilindungi
- Produk dan Perkhidmatan Dewasa
- Produk Bersifat Diskriminasi dan Menyinggung
- Dadah Haram dan Peralatan Dadah
- Keselamatan dan Privasi
- Barangan Kerajaan dan Tentera
- Syiling, Wang Tunai, Kad Hadiah dan Produk Kewangan
- Produk yang Memudahkan Aktiviti Haram atau Kelakuan Tidak Jujur
- Ubat Preskripsi/Bukan Isi Rumah dan Peranti Perubatan
- Tembakau dan Produk Berkaitan
- Produk Makanan Tidak Selamat
- Barang Kemas Terpilih, Permata & Logam Berharga
- Produk Terlarang Lain
Nota: Untuk melihat jenis-jenis dan contoh-contoh produk terlarang ini boleh dilihat di Tiktok Shop Academy
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat tambahan anda boleh pergi ke laman rasmi Tiktok Shop Academy dan jika terdapat sebarang masalah anda boleh hubungi mereka di pautan berikut: https://seller.tiktok.com/contact-us?lang=ms-MY®ion=MY