Advertisements

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-40 Bagi Tahun 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang ke-40 telah kembali lagi buat tahun 2023 dan akan berlangsung selama 9 hari iaitu bermula daripada 26 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023.

Buat peminat buku, anda semestinya teruja dan tidak sabar untuk membeli belah dan bertemu dengan penulis kegemaran anda.

Oleh itu, berikut merupakan maklumat berkenaan pelan pameran, aktiviti yang bakal dilangsungkan dan tarikh dan waktu bermula dan berakhirnya PBAKL yang ke-40 ini, untuk anda teliti dan jadikan sebagai panduan sewaktu ke pesta buku tersebut.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-40 (PBAKL 2023)

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun.

Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.

Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

Pada tahun ini, PBAKL 2023 akan dijalankan pada 26 Mei sehingga 4 Jun bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Jadi untuk anda yang berminat anda mempunyai masa lagi untuk hadir ke PBAKL ke-40 ini.

Aktivit di PBAKL 2023

Dibawah merupakan senarai aktiviti yang akan dianjurkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang ke-40.

1. ACARA PENTAS UTAMA PBAKL

Acara pentas utama terletak di aras 2, bersebelahan dengan kauter pendaftaran. Antara acara menarik yang berlangsung di pentas utama adalah majlis perasmian, majlis pelancaran buku, dan sebagainya.

2. ACARA BILIK KUALA LUMPUR

Ruang acara Bilik Kuala Lumpur bertempat di aras 5, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Bilik ini menempatkan acara rasmi, seminar, kursus, dan sebagainya.

3. MANDIRI [DI] PBAKL

Ruang Mandiri [di] PBAKL adalah ruang untuk penulis persendirian yang terbit buku sendiri, pembikin zine, illustrator, dan pengusaha buku foto. 30 reruai disediakan dengan beberapa nilai tambah khusus kepada pempamer mandiri. Antaranya Bicara Mandiri, Jaringan Mandiri, Resensi Buku dan Klinik Mandiri. 

Dibawah merupakan senarai pempamer mandiri di PBAKL 2023:

Pesta Buku Antarabangsa KL

COSPLAY @ PBAKL

Cosplay @PBAKL adalah gabungan Komuniti Cosplay dan Festival Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ini adalah kali pertama anjuran PKBM dan LOL Cosplay Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan acara terbesar pada pertengahan tahun ini.

Cosplay @PBAKL ialah pameran yang memberikan pengalaman A.C.G (Anime, Comics and Game) all-in-one kepada semua peminat yang sangat menyukai budaya anime ini di seluruh negara malah di seluruh dunia.

Terdapat banyak persembahan berskala yang bakal mereka persembahkan seperti konsert anisong, meet & greet dengan cosplayer atau artis, pertandingan cosplay, cabutan bertuah harian dan sebagainya yang anda berpeluang merasai pengalaman di Cosplay @PBAKL.

Acara ini dipercayai sebagai acara Komik & Cosplay berskala terbesar di Malaysia dan berkembang seiring dengan trend budaya anime yang semakin meningkat di kalangan orang dari semua lapisan masyarakat.

Cosplay @PBAKL akan datang dijangka menarik lebih 1.4 juta pengunjung dan acara itu akan diadakan di Dewan PWTC Tun Abdul Razak dari 2 Jun 2023 hingga 4 Jun 2023.

Bagi mereka yang meminati siri Anime, Komik, Manga, Manhwa dan Manhua, jangan lepaskan peluang untuk sertai acara ini kerana di akhir pertandingan, PBAKL telah menjanjikan hadian berbentuk wang tunai kepada pemenang-pemenang ‘Cosplay Competition’ ini. Kategori pertama yang akan dinilai oleh ‘Special Guest Judges’, KURISU dan Kinomoto Sakura, adalah ‘Kids Cosplay Competition’, yang akan diadakan pada 3 Jun 2023.

Bagi ‘SOLO SKIT Cosplay Competition’ pula, ‘Special Guest Judges’ yang akan menilai adalah PAAN REIGNS, ALICIASAMA, dan AhmadSTER. RM1000 sebagai hadiah utama untuk dimenangi pada 4 Jun 2023.

Jadi, ambil peluang ini untuk menunjukkan bakat kreatif anda. Ganbatte!

Vendor dan doujin dialu-alukan untuk menyertai acara yang akan berlangsung pada 2-4 Jun 2023 ini.

Main-Poster Pesta Buku Antarabangsa KL

*Nota: Bagi yang berminat untuk melakukan aktiviti ini anda boleh membeli tiket di ticket2u.com.my pada harga berikut:

Pesta Buku Antarabangsa KL

Pelan Lokasi Booth Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2023

Bagi mendapatkan pelan lokasi booth di PBAKL 2023 ini anda boleh ke laman rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di pautan berikut: https://klibf.my/v2/

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 ini, sila ikuti saluran berikut:

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.