Advertisements

Pakej Keluarga Malaysia KTMB: Diskaun 25% Tren ETS & Intercity

Advertisements

Bagi pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), nikmati diskaun 25% bagi perkhidmatan KTMB sama ada perkhidmatan tren elektrik (ETS) atau KTM Intercity menerusi Pakej Keluarga Malaysia sehingga akhir tahun ini.

Tujuan inisiatif ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan tren KTMB dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi diskaun tambang secara berkumpulan.

Inisiatif ini juga bagi menyahut seruan kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara menerusi peningkatan aktiviti perjalanan dan pelancongan kepada rakyat Malaysia.

Diskaun menerusi Pakej Keluarga Malaysia ini akan berkuatkuasa mulai 14 Februari sehingga 31 Disember 2022 menggunakan kod promo yang ditetapkan.

Kod Promo

Kos promo Pakej Keluarga Malaysia yang melayakkan menerima diskaun tiken semasa membuat pembelian adalah KMKTMB22.

Kod promo ini boleh digunakan semasa ingin membuat pembayaran untuk menggunakan perkhidmatan tren KTMB yang disediakan.

Terma & Syarat

Untuk mendapatkan diskaun ini, terdapat terma dan syarat yang perlu dipatuhi:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Diskaun ini untuk semua perjalanan sehala atau dua hala bagi tarikh perjalanan bermula 14 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
  2. Diskaun ini layak bagi semua kelas perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran, dan Ekspres Selatan menggunakan kod KMKTMB22.
  3. Diskaun ini layak bagi pembelian tiket untuk 4 orang dan ke atas sama ada dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi.
  4. Diskaun ini boleh digunakan bagi perjalanan pada hari Isnin sehingga hari Ahad.
  5. Diskaun ini hanya boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang KTMB, aplikasi KTMB Mobile, kaunter tiket, dan TVM.
  6. Diskaun ini hanya sah digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.
  7. Diskaun ini boleh digunakan berulang kali bagi setiap PNR/MyKad (tertakluk kepada tarikh dan tempoh pembelian).
  8. Diskaun ini tidak layak bagi semua tiket konsesi (warga emas, kad pelajar, OKU, Pesara, dan lain-lain).
  9. Diskaun ini tidak layak bagi tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah, dan KTM Komuter Utara.
  10. Pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan diskaun ini adalah mengikut terma dan syarat pemulangan tambang sedia ada.

Cara Pembelian Tiket

Untuk mendapat diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi pembelian tiket, pembelian tiket boleh dibeli menggunakan kaedah berikut:

Masukkan kod promo yang diberikan sebelum membuat pembayaran menerusi kaedah di atas untuk mendapat diskaun.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun tiket KTMB menerusi Pakej Keluarga Malaysia, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.