Untuk makluman, terdapat 20 bank yang menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.
Namun penangguhan ini tidak dilaksanakan secara automatik.
Peminjam perlu memohon secara manual melalui bank pinjaman anda.
Berikut dikongsikan apakah syarat kelayakan untuk menangguhkan pinjaman serta proses dan prosedur yang perlu diambil untuk memohon penangguhan tersebut.
Bagi anda yang diberi notis cuti tanpa gaji, anda boleh memohon bantuan kewangan RM600 sebulan melalui PERKESO.
Update: BNM telah meminta kesemua bank untuk membuat penangguhan bayaran balik selama 6 bulan secara automatik. Sila baca artikel ini untuk maklumat lanjut.
Pengenalan Moratorium
Penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau lebih dikenali sebagai moratorium bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium.
Maksud mudahnya anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta / rumah sepanjang tempoh 6 bulan.
Antara bank yang terlibat ialah:
- Bank Rakyat
- SME Bank
- CIMB Bank
- Maybank
- Bank Simpanan Nasional
- Public Bank / Public Islamic Bank
- Agro Bank
- Hong Leong Bank
- Bank Muamalat
- HSBC Amanah
- Affin Bank
- OCBC
- TEKUN
- AmBank
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad
- Bank Islam
- MBSB Bank
- Alliance Bank
- Standard Chartered Saadiq
- RHB Bank
Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:
- Pembiayaan peribadi
- Pinjaman rumah
- Sewa beli kereta
- Kad kredit
- Pinjaman SME
- Overdraft
Dokumen Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank
Berikut antara dokumen diperlukan untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman bank:
Individu:
- Surat tunjuk sebab majikan (tiada bayaran / pengurangan OT / separuh gaji etc)
- Slip gaji menunjukkan pengurangan (sebelum dan selepas COVID-19)
- Penyata bank (sebelum dan selepas COVID-19)
Pemilik Perniagaan:
- Penyata Bank (sebelum dan selepas COVID-19)
- Pesanan yang telah dibatalkan
- Jualan bulanan (sebelum dan selepas COVID-19)
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat di bank-bank pinjaman anda sama ada melalui kaunter atau telefon.
Segala maklumat nombor telefon ada di bawah:
[table id=10 /]
Info lanjut anda boleh rujuk portal AIBIM di sini.