Pendaftaran BR1M 2018 kini dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.
Tempoh lanjutan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Twitter beliau sebentar tadi.
Pendaftaran boleh dibuat di portal rasmi ebr1m.hasil.gov.my.
Sebanyak tujuh juta penerima akan menikmati pemberian BR1M dengan kadar maksimum RM1,200 tahun ini.
Tahun lalu, BR1M telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan keseluruhan RM6.8 bilion.
100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!
Tarikh pembayaran BR1M adalah seperti berikut:
Kategori | Jumlah Bayaran (RM) | Bayaran Pertama (Feb) | Bayaran Kedua (Jun) | Bayaran Ketiga (Ogos) |
---|---|---|---|---|
1 | 450 | 450 | ||
2 | 900 | 300 | 300 | 300 |
3 | 1,200 | 400 | 400 | 400 |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula beberapa artikel tentang BR1M yang kami telah terbitkan di Semakan Online. Antaranya:
- Manual Permohonan Baru BR1M
- Download Borang Permohonan BR1M 2018
- Soalan Lazim Pendaftaran BR1M
- Skim Khairat Kematian
- Cara Semak Status Permohonan BR1M 2018
Layari portal rasmi ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan LHDN berdekatan untuk memohon.